Monday, May 25, 2020

PERLAKSANAAN & PENGAGIHAN ZAKAT

MASALAH 1; adakah zakat wajib dibayar segera?

Kata matan al-Minhaj; "Wajib zakat dibayar segera jika mampu melakukannya (setelah genap haul), iaitu apabila memenuhi dua (syarat);
a) Harta ada bersama
b) Wujud asnaf".

Syarah;

1. Kata syarih; ditambah satu lagi syarat ketiga;
c) Tidak disibukkan oleh urusan lain yang penting sama ada berkaitan agama atau duniawi. Syarat ini disebut Imam al-Baghawi dan turut dipersetujui al-Nawawi dan al-Rafiie.

Menurut qaul al-ashah; harus menangguh dengan sebab menunggu kerabat atau jiran atau orang yang lebih berhajat atau lebih soleh dengan dua syarat;
1. Tidak menimbulkan mudarat kepada asnaf sedia ada,
2. Mengganti jika harta zakat itu rosak mengikut qaul ashah.

Rujukan; Bidayah al-Muhtaj (Qadhi Badruddin Ibnu Qadhi Syuhbah), 1/540.

MASALAH 2; Adakah harus pemilik harta mengagihkan sendiri zakatnya?

Kata matan al-Minhaj; "Harus bagi pemilik harta membayar sendiri zakat bagi harta batin, begitu juga harta zahir mengikut qaul jadid.

MASALAH 3; Harta yang dihutangi orang lain, wajibkan dizakati?

Dalam al-Fatawa al-Fataniyah (Syeikh Ahmad al-Fathani, jilid 2) dijelaskan;

"Bermula harta emas atau perak yang diperhutangkan dia akan orang itu wajib atas tuan harta itu mengeluarkan zakatnya pada tiap-tiap tahun jika mumkin mengeluarkan zakatnya daripada hutang itu. Maka jika tiada mumkin mengeluarkan zakatnya nescaya tiada wajib mengeluarkan zakatnya melainkan apabila dibayar akan hutang itu. Maka tatkala itu wajiblah atas yang memberi hutang mengeluarkan segala zakat bagi tiap-tiap tahun yang telah lalu di dalam masa belum dibayarkan dia itu" (m.s. 13).

MASALAH 4; Adakah zakat wajib dibayar segera?

Ya, wajib dibayar segera jika mampu melakukannya (setelah genap haul), iaitu apabila ada perkara;

1. Harta ada bersama
2. Wujud asnaf
(al-Minhaj).

Kata syarih; ditambah satu lagi syarat ketiga;
3. Tidak disibukkan oleh urusan lain yang penting sama ada berkaitan agama atau duniawi. Syarat ini disebut Imam al-Baghawi dan turut dipersetujui al-Nawawi dan al-Rafiie.

Menurut qaul al-ashah; harus menangguh dengan sebab menunggu kerabat atau jiran atau orang yang lebih berhajat atau lebih soleh dengan dua syarat;
1. Tidak menimbulkan mudarat kepada asnaf sedia ada,
2. Mengganti jika harta zakat itu rosak mengikut qaul ashah.

Rujukan; Bidayah al-Muhtaj (Qadhi Badruddin Ibnu Qadhi Syuhbah), 1/540.



No comments:

Post a Comment

HUKUM KHATIB DAN MAKMUM MINUM AIR SEMASA KHUTBAH

قال النَّووي في "المجموع": " يُكرِه لهم شُرْبُ الماء للتلذُّذ، ولا بأس بشرْبِه للعطش للقوْمِ والخطيب، هذا مذهبُنا، قال ابنُ ا...