Showing posts with label toharah. Show all posts
Showing posts with label toharah. Show all posts

Thursday, February 3, 2022

ADAKAH TISU TANDAS DAPAT DIGUNAKAN UNTUK ISTINJAK?

Lihat; Syarah al-Yaqut al-Nafis, m.s. 103.

ADAKAH WANITA DALAM HAID BAWA AL-QURAN KECIL

Dibolehkan (kepada orang berjunub) membawa mushaf yang kecil saiznya untuk tujuan tabarruk dan perlindungan diri di mana para tentera Turki zaman dahulu biasa membawa mushaf untuk perlindungan diri dan tabarruk.

Lihat; syarah al-Yaqut al-Nafis, m.s. 92.

SEJAUH MANA WANITA DALAM HAID DILARANG MEMBACA AL-QURAN

Dalam matan al-Yaqut al-Naifs (m.s. 92); diharamkan ke atas orang berjunub; "...membaca al-Quran dengan niat bacaan".

Dalam syarahnya disebutkan; yakni dengan niat membaca al-Quran semata-mata atau bersama niat lain (seperti membaca dengan niat bacaan al-Quran di samping niat pelindungan diri atau zikir). Adapun jika tanpa niat membaca al-Quran seperti berniat untuk zikir. mengambil peringatan, menghafal/mengingati atau melindung diri, yakni tanpa ada langsung niat membaca al-Quran di samping niat-niat tadi atau membaca begitu sahaja, tidaklah diharamkan kepada orang berjunub.

Dalam Syarah al-Yaqut al-Nafis (Syeikh Muhammad al-Syatiri) dinyatakan; adapun membaca al-Quran untuk zikir dan tabarruk -sebagaimana dalam aurad (wirid-wirid), maka hukumnya harus.  

Dalam muka surat 120 (matan yang sama); diharamkan ke atas waniya haid dan nifas 11 perkara; .....membaca al-Quran dengan niat qiraah (bacaan)..".

Dalam Syarah tadi dinyatakan; adapun larangan membaca al-Quran, maka ramai para ulamak mengecualikannya bagi guru wanita (hafizah), kerana jika kita melarang mereka maka dikhuatiri akan lemah hafazan mereka atau mereka akan melupainya (yakni hafazan al-Quran mereka). Pandangan ini memberi kemudahan kepada para guru (al-Quran) di kalangan wanita atau para hafizah. 

Lihat; Syarah al-Yaqut al-Nafis, m.s. 92 dan 120.

UNTUK MEMBACA LEBIH LANJUT PANDANGAN ULAMAK; sila baca dalam blog; ilmudanulamak

PERSOALAN NIAT KETIKA MANDI WAJIB

Dalam syarah al-Yaqut al-Nafis dijelaskan;

1) Seseorang itu hendaklah beringat ketika beristinjak (semasa mandi wajib); hendaklah dia berniat mengangkat hadas besar dari tempat istinjak dan kawasan sekitarnya ketika dia menyampaikan air di kawasan tersebut, dan janganlah dia menyentuh semula qubul dan duburnya selepas berniat mengangkat hadas untuk kawasan badan selebihnya untuk mengelak wudhuknya terbatal. Ada berkata; hendaklah dia menyampaikan air ke kawasan qubul dan dubur itu dengan bersarung tangan.

2) Disunatkan dia berniat dua kali; mula-mula dia berniat mengerjakan sunat-sunat mandi, kemudian bila selesai dia berniat pula mengangkat hadas besar atau berniat mandi wajib. Tidak memadai untuk mandi junub/wajib dengan berniat "نزيت الغسل" sahaja, kerana mandi itu kadang-kadang bertujuan untuk menyejukkan badan, berbeza dengan mengambil wudhuk di mana ia tidak dilakukan melainkan untuk tujuan ibadah, maka mencukupi dengan niat "نويت الوضوء" sahaja. Adapun mandi ia boleh dilakukan kerana ibadah dan boleh untuk ibadah, maka memerlukan kepada ta'yiin (penentuan yang mana satu), maka wajib diniatkan kefardhuannya dengan menyebutkan "نويت فرض الغسل" atau berniat mengangkat hadas besar.

m.s. 87

  

BILA JANIN WAJIB DIMANDIKAN

Dalam kitab matan al-Yaqut al-Nafis, dinyatakan; antara perkara yang mewajibkan mandi ialah;

(Keenam); al-maut (mati).

Disebut dalam ta'liq (nota kaki); yakni kematian seorang muslim yang bukan dengan sebab syahid, sekalipun bayi keguguran yang belum zahir tanda-tanda hidup sekiranya telah mencapai usia 4 bulan (dalam kandungan). m.s. 86. 

MANDI WILADAH

 Dalam kitab Syarah al-Yaqut al-Nafis disebutkan;

"Kelima (yakni dari perkara yang mewajibkan mandi); wiladah, sekalipun yang dilahirkan itu merupakan mudghah atau alaqah. Sekalipun seorang wanita melahirkan anak dalam keadaan kering, yakni tanpa darah sedikitpun, wajib atasnya mandi". m.s. 85.

Maksudnya; termasuk wanita keguguran, wajib mandi wiladah asalkan bidan mengesahkan bahawa yang keluar itu ada janin (asal manusia). 


Tuesday, February 1, 2022

WANITA HAID DISUNATKAN BERWUDHUK SEBELUM TIDUR JIKA BERHENTI HAIDNYA

قال شيخ الإسلام زكريا الأنصاري بعد أن ذكر استحباب وضوء الجنب عند النوم: وكالجنب فيما ذكر الحائض والنفساء إذا انقطع دمهما ذكره -النووي- في الروضة عن الأصحاب. 

Rujukan ulasan Imam al-Nawawi; Syarah Soheh Muslim, 3/218

Friday, October 15, 2021

HUKUM PENGGUNAAN BEKAS DARI NAJIS UNTUK BERSUCI

Dalam matan al-Minhaj;

"Setiap bekas yang suci, halal menggunakannya, kecuali emas dan perak, maka hukumnya adalah haram" (Mughni al-Muhtaj, 1/45).

Syarah;

1) Menurut al-Khatib (1/45);

- Penggunaan yang dimaksudkan merangkumi bersuci dan lainnya

- Hukum tersebut adalah ijmak

- Namun hukum tersebut hanya merujuk kepada faktor bekas itu sendiri (sama ada dari bahan yang suci atau najis, jika dari bahan yang suci maka hukumnya asal baginya adalah halal/sah digunakan melainkan yang terdapat nas melarangnya iaitu yang diperbuat dari emas dan perak). Hukum tersebut tidak membabitkan faktor luar seperti hukum menggunakan bekas yang dirampas atau bekas dari kulit manusia; hukum menggunakan dua bekas tersebut adalah haram digunakan sekalipun dari bahan yang suci, iaitu haram kerana faktor luaran.

- Dari ungkapan "bekas yang suci" maka terkeluar dari hukum itu bekas dari najis seperti yang dibuat dari bangkai, maka haram digunakan bagi mengisi sesuatu yang menyebabkan isian itu menjadi mutanajis seperti air yang sedikit dan sebarang cairan selain air. Adapun isian yang tidak akan terkesan dengannya seperti air yang banyak atau isian selain air/cecair yang dimasukkan dalam keadaan kering, tidak diharamkan namun makruh. 

2) Menurut Ibnu Qadhi Syuhbah (1/115); hukum penggunaan bekas dari najis secara terperinci merangkumi empat hukum;

a) Makruh; bagi isian yang kering

b) Haram; bagi isian benda basah atau cecair sekalipun kuantiti kedua-duanya itu banyak, dan isian air jika sedikit (kurang dua kolah).

c) Harus; jika isian adalah air yang banyak

Jika bekas yang terperbuat dari bahan najis hukumnya tertakluk kepada perincian tersebut, adapun hukum bekas dari bahan suci adalah halal secara mutlak (yakni merangkumi semua jenis isian sama ada benda kering, basah, cecair, air yang banyak dan air yang sedikit). 

PERLUKAH MAKMUM MENGAMINKAN SELAWAT IMAM DI DALAM QUNUT SUBUH?

Soalan;   Perlukah makmum mengaminkan selawat imamnya semasa qunut? Jawapan;  Jawapan bagi soalan di atas bergantung kepada kedudukan selawa...