Sunday, January 30, 2022

TERSALAH ARAH QIBLAT SETELAH SEKIAN LAMA, APAKAH WAJIB DIQADHA SOLAT YANG LALU?

Disebut dalam kitab Kasyfu al-Litsam;

"Beberapa jamaah yang mendiami pada suatu qaryah padahal sembahyang mereka itu kepada mihrab yang dikekal oleh segala kaumnya dengan dia pada masa yang panjang, kemudian lalu dengan mereka itu oleh seorang dan mengkhabar ia akan mereka itu dengan bahawasanya pada qiblat itu berpaling banyak maka jika yakin mereka itu akan tersalah pada mehrab nescaya wajib i'adah pada tiap-tiap barang yang telah sembahyang oleh mereka itu akan dia. Namun jika yakin oleh mereka itu akan demikian itu (yakni qiblat yang lama itu) dan tiada menyangka oleh mereka itu akan bersalahannya maka tiada wajib i'adah dan berkekalan mereka itu atas hal mereka itu (1/20). 

ADAKAH BATAL SOLAT JIKA BERLAKU SYAK TENTANG WUDHUK DI TENGAH SOLAT?

Dalam kitab Kasyfu al-Litsam;

"Bermula syak pada satu syarat daripada beberapa syarat di dalam solat itu membatalkan akan solat jika panjang" (1/20).

Turut disebutkan;

"Jika syak ia kemudian dari salam pada niat wudhuk maka tiada lazim akan dia oleh i'adah, bersalahan dengan syaknya pada niat toharah pada dahulu daripada solat maka bahawasanya memberi bekas yakni wajib dikembali mengambil lain (1/20). 

PERSOALAN-PERSOALAN SEKITAR WAKTU SOLAT

1. Sampai bila kita harus menangguhkan solat?

Fardhu solat lima waktu merupakan wajib muwassa' yakni wajib yang diluaskan waktunya, maka harus menangguhkannya sehingga sekira-kira waktu yang tinggal cukup untuk menyempurnakan bilangan rakaat solat terbabit. 

2. Adakah perlu keazaman ketika menangguh solat tersebut?

Ya, wajib berazam untuk melaksanakannya sebelum habis waktu.

3. Bagaimana jika ia mati sebelum melakukan solat?

Dengan adanya keazaman tadi ia dikira tidak berdosa.  

Rujukan; Kasyfu al-Litsam, jilid 1, m.s. 19-23.

APA HUKUM TIDUR SETELAH MASUK WAKTU SOLAT TANPA SOLAT TERLEBIH DAHULU?

Harus jika meyakini bahawa ia dapat terjaga sebelum habis waktu (Kasyfu al-Litsam, 1/19).

APAKAH SUSUNAN KEUTAMAAN SOLAT FARDHU?

 Menurut Ibnu Hajar; susunannya ialah;

1. Solat wusta; iaitu asar. Diikuti;

2. Subuh

3. Isyak

4. Zohor

5. Maghrib

(Kasyfu al-Litsam, 1/19).

ADAKAH HARUS ORANG YANG BARU MASUK ISLAM MENGQADHA SOLAT YANG DITINGGALNYA SEMASA KAFIR?

Menurut fatwa Imam Ramli Kabir; orang kafir yang masuk Islam tidak dituntut mengqadha solat yang ditinggalkan semasa kafirnya dan jika diqadhanya juga tidak sah.

Dinaqal dari Kasyf al-Litsam (Syeikh Zainal Abidin al-Fatani), 1/22.

HUKUM QADHA SOLAT YANG DITINGGALKAN SEMASA HAID DAN SEMASA GILA

Dalam kitab Kasyf al-Litsam 'An Asilati al-Anam (Zainul Abidin bin Muhammad al-Fatani);

1. Haram qadha solat yang ditinggalkan dalam masa haid dan nifas, berbeza pula dengan orang gila disunatkan menqadha solat yang ditinggalkannya semasa sedang gila.

2. Beza keduanya ialah; wanita haid dan nifas disuruh tinggal solat dengan tuntutan azimah, sedang orang gila suruhan tinggal itu bersifat rukhsah.

Jilid 1, m.s. 22.

Saturday, January 15, 2022

MAKNA WAKTU DORURAH DAN WAKTU UZUR

Lihat; al-Majmu', 4/98 (Dar al-Hadith).

ADAKAH NENEK TIRI DAN DATUK TIRI MERUPAKAN MAHRAM?

Soalan; saya mempunyai anak-anak lelaki hasil perkahwinan dengan suami terdahulu. Apabila saya berkahwin semula dengan seorang lelaki lain, bagaimana hubungan anak-anak lelaki saya dengan mertua saya (ibu kepada suami saya)?.

Jawapan;

Dalam kitab al-Iqna’ disebutkan;

وَلَاتحرم بنت زوج الْأُم وَلَا أمه وَلَا بنت زوج الْبِنْت وَأمه وَلَا أم زَوْجَة الْأَب وَلَا بنتهَا .....

 

Disimpulkan dari kenyataan di atas bahawa tidak tergolong sebagai mahram (kerana perkahwinan) orang-orang berikut;

1.       1. Anak perempuan kepada suami ibu kita (yakni adik/kakak perempuan tiri kita)

2.       2. Ibu kepada suami ibu kita (yakni nenek tiri)

3.       3. Anak perempuan kepada suami anak perempuan kita (cucu tiri kita)

4.       4. Ibu kepada suami anak perempuan kita (besan)

5.       5. Ibu kepada isteri bapa kita (nenek tiri)

6.      6.  Anak perempuan kepada isteri bapa kita (adik/kakak tiri).

HUKUM KHATIB DAN MAKMUM MINUM AIR SEMASA KHUTBAH

قال النَّووي في "المجموع": " يُكرِه لهم شُرْبُ الماء للتلذُّذ، ولا بأس بشرْبِه للعطش للقوْمِ والخطيب، هذا مذهبُنا، قال ابنُ ا...