Friday, October 15, 2021

HUKUM PENGGUNAAN BEKAS DARI NAJIS UNTUK BERSUCI

Dalam matan al-Minhaj;

"Setiap bekas yang suci, halal menggunakannya, kecuali emas dan perak, maka hukumnya adalah haram" (Mughni al-Muhtaj, 1/45).

Syarah;

1) Menurut al-Khatib (1/45);

- Penggunaan yang dimaksudkan merangkumi bersuci dan lainnya

- Hukum tersebut adalah ijmak

- Namun hukum tersebut hanya merujuk kepada faktor bekas itu sendiri (sama ada dari bahan yang suci atau najis, jika dari bahan yang suci maka hukumnya asal baginya adalah halal/sah digunakan melainkan yang terdapat nas melarangnya iaitu yang diperbuat dari emas dan perak). Hukum tersebut tidak membabitkan faktor luar seperti hukum menggunakan bekas yang dirampas atau bekas dari kulit manusia; hukum menggunakan dua bekas tersebut adalah haram digunakan sekalipun dari bahan yang suci, iaitu haram kerana faktor luaran.

- Dari ungkapan "bekas yang suci" maka terkeluar dari hukum itu bekas dari najis seperti yang dibuat dari bangkai, maka haram digunakan bagi mengisi sesuatu yang menyebabkan isian itu menjadi mutanajis seperti air yang sedikit dan sebarang cairan selain air. Adapun isian yang tidak akan terkesan dengannya seperti air yang banyak atau isian selain air/cecair yang dimasukkan dalam keadaan kering, tidak diharamkan namun makruh. 

2) Menurut Ibnu Qadhi Syuhbah (1/115); hukum penggunaan bekas dari najis secara terperinci merangkumi empat hukum;

a) Makruh; bagi isian yang kering

b) Haram; bagi isian benda basah atau cecair sekalipun kuantiti kedua-duanya itu banyak, dan isian air jika sedikit (kurang dua kolah).

c) Harus; jika isian adalah air yang banyak

Jika bekas yang terperbuat dari bahan najis hukumnya tertakluk kepada perincian tersebut, adapun hukum bekas dari bahan suci adalah halal secara mutlak (yakni merangkumi semua jenis isian sama ada benda kering, basah, cecair, air yang banyak dan air yang sedikit). 

HUKUM KHATIB DAN MAKMUM MINUM AIR SEMASA KHUTBAH

قال النَّووي في "المجموع": " يُكرِه لهم شُرْبُ الماء للتلذُّذ، ولا بأس بشرْبِه للعطش للقوْمِ والخطيب، هذا مذهبُنا، قال ابنُ ا...