Monday, May 25, 2020

PERLAKSANAAN & PENGAGIHAN ZAKAT

MASALAH 1; adakah zakat wajib dibayar segera?

Kata matan al-Minhaj; "Wajib zakat dibayar segera jika mampu melakukannya (setelah genap haul), iaitu apabila memenuhi dua (syarat);
a) Harta ada bersama
b) Wujud asnaf".

Syarah;

1. Kata syarih; ditambah satu lagi syarat ketiga;
c) Tidak disibukkan oleh urusan lain yang penting sama ada berkaitan agama atau duniawi. Syarat ini disebut Imam al-Baghawi dan turut dipersetujui al-Nawawi dan al-Rafiie.

Menurut qaul al-ashah; harus menangguh dengan sebab menunggu kerabat atau jiran atau orang yang lebih berhajat atau lebih soleh dengan dua syarat;
1. Tidak menimbulkan mudarat kepada asnaf sedia ada,
2. Mengganti jika harta zakat itu rosak mengikut qaul ashah.

Rujukan; Bidayah al-Muhtaj (Qadhi Badruddin Ibnu Qadhi Syuhbah), 1/540.

MASALAH 2; Adakah harus pemilik harta mengagihkan sendiri zakatnya?

Kata matan al-Minhaj; "Harus bagi pemilik harta membayar sendiri zakat bagi harta batin, begitu juga harta zahir mengikut qaul jadid.

MASALAH 3; Harta yang dihutangi orang lain, wajibkan dizakati?

Dalam al-Fatawa al-Fataniyah (Syeikh Ahmad al-Fathani, jilid 2) dijelaskan;

"Bermula harta emas atau perak yang diperhutangkan dia akan orang itu wajib atas tuan harta itu mengeluarkan zakatnya pada tiap-tiap tahun jika mumkin mengeluarkan zakatnya daripada hutang itu. Maka jika tiada mumkin mengeluarkan zakatnya nescaya tiada wajib mengeluarkan zakatnya melainkan apabila dibayar akan hutang itu. Maka tatkala itu wajiblah atas yang memberi hutang mengeluarkan segala zakat bagi tiap-tiap tahun yang telah lalu di dalam masa belum dibayarkan dia itu" (m.s. 13).

MASALAH 4; Adakah zakat wajib dibayar segera?

Ya, wajib dibayar segera jika mampu melakukannya (setelah genap haul), iaitu apabila ada perkara;

1. Harta ada bersama
2. Wujud asnaf
(al-Minhaj).

Kata syarih; ditambah satu lagi syarat ketiga;
3. Tidak disibukkan oleh urusan lain yang penting sama ada berkaitan agama atau duniawi. Syarat ini disebut Imam al-Baghawi dan turut dipersetujui al-Nawawi dan al-Rafiie.

Menurut qaul al-ashah; harus menangguh dengan sebab menunggu kerabat atau jiran atau orang yang lebih berhajat atau lebih soleh dengan dua syarat;
1. Tidak menimbulkan mudarat kepada asnaf sedia ada,
2. Mengganti jika harta zakat itu rosak mengikut qaul ashah.

Rujukan; Bidayah al-Muhtaj (Qadhi Badruddin Ibnu Qadhi Syuhbah), 1/540.



Saturday, May 23, 2020

Solat istisqa'

KHUTBAH

Dinyatakan dalam matan al-Minhaj;

"(Imam) berkhutbah sebagaimana hari raya..."

"Jika dia berkhutbah sebelum solat diharuskan".

Syarah;

1. Kata kitab Bidayah al-Muhtaj; harus berkhutbah sebelum solat berdalilkan hadis dalam Sunan Abi Daud; Nabi SAW berkhutbah, kemudian solat". Namun yang afdhal ialah melakukannya selepas solat kerana itu yang paling kerap dilakukan baginda (1/427).

2. Dalam kitab Fath al-Wahhab al-Malik;
- sekalipun khutbah istisqa' menyamai khutbah hari raya, namun dibolehkan bagi khutbah istisqa' dengan satu khutbah sebagaimana khutbah gerhana (mengikut pandangan al-Buwaiti).
- selain itu, harus bagi khutbah istisqa berkhutbah sebelum solat atau selepas solat, namun selepas solat lebih afdhal kerana paling kerab dilakukan Nabi SAW. Adapun khutbah hari raya dan gerhana tidak boleh dilakukan sebelum solat (jilid 2, hlm. 33).

Solat gerhana

KHUTBAH

Dalam matan al-Minhaj disebutkan;

"Kemudian imam hendaklah berkhutbah dengan dua khutbah dengan rukun-rukun bagi dua khutbah sebahagaimana bagi khutbah jumaat"

Syarah;

1. Dalam kitab Bidayah al-Muhtaj;
- dua khutbah itu adalah sunat, tidak menjadi syarat bagi sahnya solat.
- Mencukupi satu khutbah sebagaimana diceritakan oleh kitab Kifayah al-Tanbih dari nas (Imam al-Syafiie).
- Berkata al-Ghazzi; dikecualikan (syarat) berdiri (bagi syarat-syarat khutbah hari raya) di mana tidak diwajibkan di sini (sedangkan bagi khutbah jumaat diwajibkan)
(Jil. 1, hlm. 420).

2. Dalam kitab Fath al-Wahhab al-Malik (Toha Hamadi);
- khutbah bagi solat gerhana menyamai khutbah jumaat pada rukun-rukun dan sunat-sunatnya,
- tidak memadai satu khutbah sahaja (mengikut qaul yang muktamad), namun Imam al-Buwaiti berkata; memadai.
- Adapun syarat-syarat khutbah jumaat, maka tidak diambil perkiraan dengannya bagi khutbah gerhana sebagaimana juga khutbah hari raya. Yang diambil perkiraan ialah;
a) Mendengar khutbah
b) Memperdengarkan khutbah
c) Khutbah dalam bahasa Arab
d) Khatib adalah lelaki
(Jilid 2, halaman 25).

Friday, May 22, 2020

Solat hari raya


KHUTBAH

Kata Matan al-Minhaj; 

"Disunatkan setelah solat hari raya (disampaikan) dua khutbah. Rukunnya menyamai rukun-rukun dalam khutbah jumaat..dibuka khutbah pertama dengan 9 takbir dan khutbah kedua dengan 7 takbir berturut-turut".

Syarah;

1. Dalam kitab Bidayah al-Muhtaj;
- Adapun berdiri, maka tidak diwajibkan semasa khutbah hari raya mengikut qaul yang ashah.
- Sunat memulai khutbah dengan takbir 9 kali dan 7 kali itu adalah berdalilkan pandangan para Tabiin.
- Takbir sebelum khutbah itu adalah mukadimah bagi khutbah, bukan sebahagian dari khutbah.
(Jil 1, hlm. 410).

2. Dalam kitab Fath al-Wahhab al-Malik syarah 'Umdah al-Salim (Toha Hamadi); 
- disunatkan ketika dua khutbah hari raya;
a) Berdiri
b) Duduk antara dua khutbah
c) Memberi salam ketika menaiki mimbar
d) Menghadap orang ramai sebelum memulai khutbah
- sunat duduk sebelum kedua-dua khutbah sebagai istirahah. Berkata al-Khawarizmi; kadarnya ialah kadar azan pada hari jumaat
- Yang dijadikan perkiraan dalam melaksanakan sunnah khutbah hari raya ialah;
a) Mendengar khutbah (al-sima'); yakni dari makmum
b) Memperdengarkan khutbah (al-isma'); dari khatib.
c) Menurut Syeikh Muhammad al-Ramli al-Saghier; hendaklah khutbah dengan bahasa Arab.
(Jilid 2. hlm. 14).

3. Imam Qalyubi menjelaskan;
- "Jika jemaah wanita (bagi solat hari raya itu) diimamkan seorang wanita, tidak (disunatkan) dia berkhutbah untuk mereka. Jika salah seorang dari mereka sekadar menyampai nasihat/peringatan -bukan berkhutbah- dibolehkan" (Hasyiyah Qalyubi wa al-'Umairah 'ala Syarh al-Mahalli, 1/305).

4.Imam al-Syirbini menyebutkan;
- "Disunatkan menyampaikan 2 khutbah setelah solat hari raya bagi yang melakukannya berjamaah sebagai mengikuti sunnah Nabi SAW dan Khulafak Rasyidin, tanpa dibezakan bagi maksud berjamaah itu antara orang-orang musafir dan selain mereka. Malah (disunatkan khutbah tersebut) sekalipun jika solat ditunaikan diluar waktunya (qadha)"
"Jika hanya satu khutbah sahaja, tidak cukup (untuk mendapat pahala sunat berkhutbah tadi)"
(Mughni al-Muhtaj, 1/423).

5. Dalam al-Taqriraat al-Sadidah;
- jika solat hari raya dilakukan berjamaah di sunatkan imam/khatib berkhutbah selepasnya dengan mennyampaikan dua khutbah sebagaimana khutbah jumaat. Namun yang sama itu adalah pada rukun dan sunat-sunatnya sahaja, tidak pada syarat-syaratnya, iaitu; berdiri, menutup aurat, bersuci dan duduk antara dua khutbah. Jika solat bersendirian tidak perlu berkhutbah.
- Disunatkan duduk yang ringan antara dua khutbah sekadar duduk menunggu azan pada hari jumaat.
- Bertakbir pada permulaan khutbah pertama 9 kali dan khutbah kedua 7 kali berturut-turut.
- Menyampaikan khutbah yang bersesuaian dengan situaisi iaitu menceritakan tentang hukum-hakam zakat fitrah pada hari raya fitrah dan menceritakan tentang ibadah korban bagi hari raya korban.
(Halaman 344).

TAMBAHAN

1. ADAB MENYAMPAIKAN KHUTBAH HARI RAYA DI RUMAH
.
1. Selesai solat hari raya, mulakan dengan memberi salam, kemudian duduk seketika bagi memberi ruang kepada ahli keluarga untuk bersedia mendengar khutbah.
.
2. Kemudian berdiri untuk menyampaikan khutbah.
.
3. Di permulaan khutbah pertama, bertakbirlah 9 kali berturut-turut. Disambut oleh ahli keluarga dengan sama-sama bertakbir.
.
4. Seteruskan sampaikan khutbah mengikut teks yang disediakan.
.
5. Selesai khutbah pertama, duduk seketika. Kemudian bangun untuk menyampaikan khutbah kedua pula.
.
6. Di permulaan khutbah kedua, bertakbirlah 7 kali berturut-turut. Disambut oleh ahli keluarga dengan sama-sama bertakbir.
.
7. Seterusnya sampaikan khutbah kedua mengikut teks yang disediakan.
.
Panduan di atas diambil dari tulisan Imam al-Buwaiti RHM (murid Imam al-Syafiie RHM) dalam kitabnya Mukhtasar al-Buwaiti. Beliau menulis;
.
"Selesai dari solat hari raya, (khatib) hendaklah menaiki mimbar, memberi salam dan duduk (seketika). Apabila orang ramai telah duduk di tempat masing (bersedia untuk mendengar khutbah) barulah dia bangun dan menyampaikan khutbah. Orang ramai hendaklah diam (untuk memberi perhatian) kepadanya.
.
Dipermulaan khutbah pertama dia hendaklah bertakbir 9 kali berturut-turut. Orang ramai hendaklah turut bertakbir bersamanya. Berikutnya dia meneruskan khutbah dan orang ramai hendaklah diam (dan memberi perhatian) kepadanya.
.
Selesai dari khutbah pertama, dia hendaklah duduk seketika, kemudian berdiri semula (untuk menyampaikan khutbah kedua). Di permulaan khutbah kedua dia hendaklah bertakbir 7 kali berturut-turut dan orang ramai turut bertakbir bersamanya" (Mukhtasar al-Buwaiti, hlm. 185).
.
* Imam al-Buwaiti; namanya penuhnya Abu Yaakub Yusuf bin Yahya al-Buwaiti, asal dari orang Mesir, namun wafat dalam penjara di Baghdad pada tahun 231 H dengan tangan dan kaki masih berantai, kerana mempertahankan pegangannya dengan aqidah Ahlus Sunnah ketika berhadapan fahaman Muktazilah yang menguasai negara ketika itu.

PERSOALAN & JAWAPAN

1. Bolehkah wanita menjadi khatib khutbah hari raya untuk sesama wanita?

Berkata matan al-Minhaj; "Disyariatkan solat hari raya dilakukan berjamaah.....dan disunatkan selepasnya 2 khutbah".

Bagi khutbah selepas solat hari raya berjamaah itu, menurut ulamak, syarat khatib hendaklah seorang lelaki. Maka jika jamaah wanita bagi solat hari raya itu diimamkan oleh seorang lelaki, sunat dia menyampaikan khutbah hari raya untuk mereka. Namun jika diimamkan oleh wanita, tidak disunatkan dia berkhutbah. Memadai dengan tazkirah atau nasihat jika hendak dilakukan.

.
Imam Qalyubi menjelaskan; "Jika jemaah wanita (bagi solat hari raya itu) diimamkan seorang wanita, tidak (disunatkan) dia berkhutbah untuk mereka. Jika salah seorang dari mereka sekadar menyampai nasihat/peringatan -bukan berkhutbah- dibolehkan" (Hasyiyah Qalyubi wa al-'Umairah 'ala Syarh al-Mahalli, 1/305).
.
Wallahu a'lam.

2. Khutbah solat raya; cukupkah dengan satu khutbah sahaja?

Kata Matan al-Minhaj; "Disunatkan setelah solat hari raya (disampaikan) dua khutbah....".

Imam al-Khatib al-Syirbini menjelaskan; "Jika hanya satu khutbah sahaja, tidak cukup (untuk mendapat pahala sunat berkhutbah tadi)" (Mughni al-Muhtaj, 1/423).

3. Solat hari raya di rumah; adakah sunat berkhutbah?

Kata Matan al-Minhaj; 

"Disunatkan setelah solat hari raya (disampaikan) dua khutbah....".

Imam al-Syirbini menyebutkan;
.
"Disunatkan menyampaikan 2 khutbah setelah solat hari raya bagi yang melakukannya berjamaah sebagai mengikuti sunnah Nabi SAW dan Khulafak Rasyidin, tanpa dibezakan bagi maksud berjamaah itu antara orang-orang musafir dan selain mereka. Malah (disunatkan khutbah tersebut) sekalipun jika solat ditunaikan diluar waktunya (qadha)" (Mughni al-Muhtaj, 1/423).

Kesimpulannnya, jika solat hari raya dilakukan berjamaah sunat disusuli dengan dua khutbah. Adapun jika dilakukan bersendirian, tidak disunatkan.

4. Adakah duduk antara dua khutbah semasa khutbah hari raya menjadi rukun?

Bagi khutbah hari raya, berdiri ketika berkhutbah dan duduk antara dua khutbah hanya sunat sahaja, tidak wajib. Adapun bagi khutbah jumaat, wajib berdiri (bagi yang mampu) dan wajib duduk antara dua khutbah, yakni tdak sah khutbah jumaat tanpanya. Lihat; penjelasan Syeikh Toha Hamadi dalam kitab Fath al-Wahhab al-Malik tadi.

5. Adakah duduk antara dua khutbah nk sunat pada semua jenis solat sunat yang ada padanya khutbah? Terima kasih ustaz

Ya sunat duduk seketika sebelum memulai khutbah kedua. Dalam kitab Bidayah al-Muhtaj (bab berkenaan solat gerhana); dinaqalkan dari al-Ghazzi; dikecualikan (syarat) berdiri (bagi rukun-rukun dan syarat-syarat khutbah hari raya) di mana tidak diwajibkan di sini (sedangkan bagi khutbah jumaat diwajibkan) (1/420). Dalam kitab Fath al-Wahhab al-Malik (Toha Hamadi); khutbah bagi solat gerhana menyamai khutbah jumaat pada rukun-rukun dan sunat-sunatnya, namun tidak diambil perkiraan pada syarat-syaratnya (yakni tidak dikenakan syarat-syarat ke atas khutbah gerhana sebagaimana syarat2 khutbah jumaat). Yang diambil perkiraan ialah;
a) Mendengar khutbah
b) Memperdengarkan khutbah
c) Khutbah dalam bahasa Arab
d) Khatib adalah lelaki
(Jilid 2, halaman 25).
- Dalam bab berkenaan solat istisqa'; khutbah istisqa' seperti khutbah hari raya.. cuma harus baginya satu khutbah sebagaimana khutbah gerhana. Selain itu, harus bagi khutbah istisqa berkhutbah sebelum solat atau selepas solat, namun selepas solat lebih afdhal kerana paling kerab dilakukan Nabi SAW. Adapun khutbah hari raya dan gerhana tidak boleh dilakukan sebelum solat (jilid 2, hlm. 33).

Adakah orang yang mula bermusafir waktu pagi boleh berbuka puasa?

Dalam kitab al-Minhaj, disebutkan; (1) jika seseorang itu paginya berpuasa (kerana masih dalam negeri), lalu dia bermusafir, tidak harus dia berbuka, (2) jika seorang dalam musafir pada paginya berpuasa (mengambil azimah), kemudian dia ingin berbuka, dibolehkan berbuka.

Kata syarah;

- (tidak harus dia berbuka) kerana memenangkan hukum al-hadhar (orang dalam negeri, iaitu wajib berpuasa), kerana itulah yang asal baginya.
- Bagi masalah kedua pula; harus dia berbuka (sekalipun telah mula berpuasa) kerana faktor yang mengharuskannya berbuka (iaitu safar) masih ada.
(Bidayah al-Muhtaj, 1/576).

Tambahan;

Dalam kitab al-Taqriraat al-Sadidah; 

1. Tidak wajib ke atas seorang musafir -dalam safar yang jauh iaitu 82 KM dan safarnya safar yang harus- untuk berpuasa dan disyaratkan bagi membolehkan berbuka dengan dia bermusafir sebelum terbit fajar.

2. Orang musafir atau orang sakit (yang ada harapan sembuh) apabila hendak berbuka (kerana mengambil rukhsah), wajib mereka berniat tarakhhus (mengambil rukhsah). Kewajipan niat tersebut adalah bagi membezakan antara berbuka yang harus dan berbuka yang haram.
(Halaman 439).

Soalan; Assalamualaikum ustaz. Maaf menganggu. Ambe ada terbaca bahawa musafir yang bergerak selepas subuh wajib untuk meneruskan puasa. Jika musafir yang bergerak selepas subuh ni musafir selama 3 hari tak termasuk hari pergi dan pulang, bagaimana keadaan dia pada hari kedua dan ketiga, boleh rukhsah berbuka puasa atau wajib berpuasa? Terima kasih ustaz.

Jawapan;

jika telah berada dalam musafir, rukhsah bagi orang musafir (qasar, jamak, keharusan meninggalkan puasa) berjalan terus selama sifat musafir itu kekal padanya (iaitu dia tidak menjadi mukim atau mustautin). Sebagaimana jamak dan qasar, keharusan berbuka puasa berjalan baginya bagi setiap hari selama dalam musafir. wallahu a'lam.

Thursday, May 21, 2020

Orang yang solat hormat waktu, bolehkah buat jamak dan qasar?

Berkata al-Khatib dalam Mughni al-Muhtaj;

نَعَمْ الْمُتَحَيِّرَةُ لَا تَجْمَعُ تَقْدِيمًا كَمَا قَالَهُ فِي زِيَادَةِ الرَّوْضَةِ وَالْمَجْمُوعِ. قَالَ فِي الْمُهِمَّاتِ: وَوَجْهُ امْتِنَاعِهِ أَنَّ الْجَمْعَ فِي وَقْتِ الْأُولَى شَرْطُهُ تَقَدُّمُ الْأُولَى صَحِيحَةً يَقِينًا أَوْ ظَنًّا
وَهُوَ مُنْتَفٍ هَهُنَا بِخِلَافِ الْجَمْعِ فِي وَقْتِ الثَّانِيَةِ. قَالَ الزَّرْكَشِيُّ: وَمِثْلُهَا فِي جَمِيعِ التَّقْدِيمِ فَاقِدُ الطَّهُورَيْنِ وَكُلُّ مَنْ لَمْ تَسْقُطْ صَلَاتُهُ بِالتَّيَمُّمِ. قَالَ شَيْخُنَا: وَلَوْ حَذَفَ بِالتَّيَمُّمِ كَانَ أَوْلَى: أَيْ لِيَشْمَلَ غَيْرَ الْمُتَيَمِّمِ.
(Mughni al-Muhtaj, 1/370).

Namun dalam Hasyiyah Qalyubi; 

قَوْلُهُ: (الْبُدَاءَةُ بِالْأُولَى) أَيْ وَكَوْنُهَا صَحِيحَةً يَقِينًا وَإِنْ وَجَبَتْ إعَادَتُهَا فَيَجْمَعُ فَاقِدُ الطَّهُورَيْنِ مَثَلًا إذَا أَيِسَ فِي وَقْتِ الْأُولَى مِنْ وُجُودِ أَحَدِهِمَا قَبْلَ فَوَاتِ الثَّانِيَةِ، سَوَاءٌ جَمْعُ التَّقْدِيمِ وَالتَّأْخِيرِ وَلَا تَجْمَعُ الْمُتَحَيِّرَةُ تَقْدِيمًا وَلَهَا الْجَمْعُ تَأْخِيرًا وَلَا نَظَرَ لِاحْتِمَالِ طُهْرِهَا وَقْتَ الْأُولَى.
(1/265)
Difahami darinya; diharuskan sekalipun jamak taqdim (semak semula pemahaman).

Dalam Tuhfah al-Muhtaj (Ibnu Hajar);

(يَجُوزُ الْجَمْعُ بَيْنَ الظُّهْرِ وَالْعَصْرِ تَقْدِيمًا) فِي وَقْتِ الْأُولَى لِغَيْرِ الْمُتَحَيِّرَةِ لِأَنَّ شَرْطَهُ ظَنُّ صِحَّةِ الْأُولَى كَمَا يَأْتِي وَهُوَ مُنْتَفٍ فِيهَا وَأُلْحِقَ بِهَا كُلُّ مَنْ تَلْزَمُهُ الْإِعَادَةُ وَفِيهِ نَظَرٌ ظَاهِرٌ؛ لِأَنَّ الْأُولَى مَعَ ذَلِكَ صَحِيحَةٌ فَلَا مَانِعَ

Diulas oleh al-Syarwani;

(قَوْلُهُ: وَفِيهِ نَظَرٌ إلَخْ) هُوَ الْأَوْجَهُ؛ لِأَنَّ الْمُتَحَيِّرَةَ إنَّمَا اُسْتُثْنِيَتْ لِعَدَمِ تَحَقُّقِ صِحَّةِ صَلَاتِهَا وَهَذِهِ الْمُلْحَقَاتُ تَحَقَّقْنَا الصِّحَّةَ فِيهَا وَلَا يَضُرُّ لُزُومُ الْقَضَاءِ سم عِبَارَةُ النِّهَايَةِ وَقَوْلُ الزَّرْكَشِيّ وَمِثْلُهَا فَاقِدُ الطَّهُورَيْنِ وَكُلُّ مَنْ لَمْ تَسْقُطْ صَلَاتُهُ بِالتَّيَمُّمِ مَحَلُّ وَقْفَةٍ إذْ الشَّرْطُ ظَنُّ صِحَّةِ الْأُولَى وَهُوَ مَوْجُودٌ هُنَا، وَلَوْ حَذَفَ بِالتَّيَمُّمِ كَمَا قَالَهُ الشَّيْخُ كَانَ أَوْلَى. اهـ.

قَالَ ع ش قَوْله م ر مَحَلُّ وَقْفَةٍ نَقَلَ سم عَلَى حَجّ عَنْ الشَّارِحِ م ر اعْتِمَادَ هَذَا وَنُقِلَ عَلَى الْمَنْهَجِ عَنْهُ اعْتِمَادُ مَا قَالَهُ الزَّرْكَشِيُّ وَهُوَ الْأَقْرَبُ. اهـ. وَاعْتَمَدَ شَيْخُنَا الْأَوَّلَ عِبَارَتُهُ وَيُزَادُ أَيْضًا صِحَّةُ الْأُولَى يَقِينًا أَوْ ظَنًّا، وَلَوْ مَعَ لُزُومِ الْإِعَادَةِ فَيَجْمَعُ فَاقِدُ الطَّهُورَيْنِ وَالْمُتَيَمِّمُ، وَلَوْ بِمَحَلٍّ يَغْلِبُ فِيهِ وُجُودُ الْمَاءِ عَلَى الْمُعْتَمَدِ لِوُجُودِ الشَّرْطِ كَمَا قَالَهُ الرَّمْلِيُّ وَابْنُ حَجَرٍ خِلَافًا لِلزَّرْكَشِيِّ، وَإِنْ اعْتَمَدَهُ ابْنُ قَاسِمٍ فِي بَعْضِ كِتَابَاتِهِ وَاسْتَقَرَّ بِهِ الشبراملسي. اهـ. (قَوْلُهُ: مَعَ ذَلِكَ) أَيْ لُزُومِ الْإِعَادَةِ (قَوْلُهُ: فَلَا مَانِعَ) أَيْ مِنْ الْجَمْعِ


Mengenai qasar pula, dinyatakan dalam Hasyiyah Qalyubi;
قَوْلُهُ: (مِنْ الْخَمْسِ) وَلَوْ بِحَسْبِ الْأَصْلِ فَشَمِلَ صَلَاةَ الصَّبِيِّ وَصَلَاةَ فَاقِدِ الطَّهُورَيْنِ فَلَهُ الْقَصْرُ كَغَيْرِهِ، وَشَمِلَ الْمُعَادَةَ وُجُوبًا لِغَيْرِ إفْسَادٍ وَإِنْ كَانَ أَتَمَّ أَصْلَهَا عَلَى الْمُعْتَمَدِ وَشَمِلَ الْمُعَادَةَ نَدْبًا لَكِنْ إنْ قَصَرَ أَصْلَهَا كَمَا اعْتَمَدَهُ شَيْخُنَا وَإِلَّا لَمْ يَجُزْ قَصْرُهَا. كَمَا لَوْ شَرَعَ فِيهَا تَامَّةً ثُمَّ أَفْسَدَهَا وَخَرَجَ النَّافِلَةُ وَلَوْ مُطْلَقَةً وَالْمَنْذُورَةُ.
(1/255).



Adakah harus melakukan sujud syukur dalam solat?

Kata matan al-Minhaj; "Sujud syukur tidak boleh memasuki solat".

Kata al-Khatib; maka jika seseorang melakukan sujud syukur dalam solat dengan mengetahui pengharamannya, batallah solatnya (Mughni al-Muhtaj, 1/299).

Apa hukum membaca ayat sejadah dalam solat untuk sujud dalam solat tetapi bagi tujuan bersyukur, yakni sujud syukur?

Kata al-Khatib; tidak harus dan batal solat apabila dia sujud, iaitu sama seperti seorang yang masuk masjid pada waktu dilarang dengan niat untuk solat tahiyyatul masjid. Hatta jika dia berniat kedua-dua sekali -iaitu sujud tilawah dan sujud syukur, tetap batal solatnya kerana dimenangkan faktor yang membatalkan solat (yakni sujud dengan niat syukur) (Mughni al-Muhtaj, 1/301).

Bolehkah mengerjakan solat sunat bagi bersyukur kepada Allah?

Berkata al-Khatib; disunatkan di samping melakukan sujud syukur untuk bersedekah dan melakukan solat untuk bersyukur. Berkata al-Khawarizmi; jika seseorang itu bersedekah dan mengerjakan solat dua rakaat pada tempat sujud, ia adalah baik (1/301).

Adakah harus sujud kepada syeikh?

Kata al-Khatib dalam Mughni al-Muhtaj; antara perbuatan yang diharamkan ialah yang dilakukan ramai orang jahil iaitu sujud di hadapan syeikh-syeikh mereka sekalipun dengan menghadap ke arah qiblat atau diqasadkan kepada Allah. dalam sesetengah rupa boleh membawa kepada kekufuran (1/301).

Adakah harus sujud tanpa sebab?

Disebutkan dalam Mughni al-Muhtaj; jika seseorang bertaqarrub kepada Allah dengan tanpa sebab, hukumnya adalah haram sekalipun setelah solat, iaitu sebagaimana haram bertaqarrub dengan rukuk semata-mata atau seumpamanya, kerana ia merupakan suatu bid'ah dan setiap bid'ah adalah sesat melaikan yang dikecualikan (Mughni al-Muhtaj, 1/301).

Adakah zakat wajib dibayar segera?

Ya, wajib dibayar segera jika mampu melakukannya (setelah genap haul), iaitu apabila ada perkara;
1. Harta ada bersama
2. Wujud asnaf
(al-Minhaj).

Kata syarih; ditambah satu lagi syarat ketiga;
3. Tidak disibukkan oleh urusan lain yang penting sama ada berkaitan agama atau duniawi. Syarat ini disebut Imam al-Baghawi dan turut dipersetujui al-Nawawi dan al-Rafiie.

Menurut qaul al-ashah; harus menangguh dengan sebab menunggu kerabat atau jiran atau orang yang lebih berhajat atau lebih soleh dengan dua syarat;
1. Tidak menimbulkan mudarat kepada asnaf sedia ada,
2. Mengganti jika harta zakat itu rosak mengikut qaul ashah.

Rujukan; Bidayah al-Muhtaj (Qadhi Badruddin Ibnu Qadhi Syuhbah), 1/540.

Kitab2 Imam al-Rafiie

Kitab Imam al-Rafiie;

a) al-Aziz; diiktisarkan oleh Imam al-Nawawi dalam kitabnya Raudhah al-Talibin.

b) al-Muharrar; dikhtisarkan al-Nawawi menjadi; Minhaj al-Tolibin.
- Idhafaat dan istidrakaat; 182 masalah (istidrakaat; 50 masalah); (عبر بقلت .....والله أعلم). 

Dua madrasah al-Syafiiyyah

Madrasah al-Syafiiyyah terbahagi dua;

a) al-Marawizah (المراوزة) atau al-Muruziyah (المروزية), iaitu madrasah Khurasaniyin. Antara mereka; Imam al-Rafiie.

b) al-Baghdadiyah, iaitu madrasah Iraqiyin. Imam Nawawi cenderung kepada madrasah ini.

c) Gabungan antara kedua-duanya; madrasah Yaman.


Panggilan-panggilan bagi ulamak

Panggilan-panggilan;
الإمام: إمام الحرمين الجويني ابن أبي محمد
القاضي: القاضي حسين
الشارح أو الشارح المحقق: الجلال المحلي شارح المنهاج (إلا ابن حجر في شرح الإرشادحيث أطلق الشارح يريد به الجوجري شارح الإرشاد)
الشيخان: الرافعي والنووي
(شيخنا: عند ابن حجر والخطيب الشربيني هو شيخ الإسلام زكريا (باكي الجمال الرملي: شيخ زكريا دستوت: الشيخ
شيخي: عند الخطيب: الشهاب الرملي
إذا قال الجمال الرملي: أفتى به الوالد، فمراده الشهاب الرملي
(rujukan; Tarsyih al-Mustafifin, al-Sayyid 'Alawi al-Saqqaf, hlm. 6).

Siapa al-Ashab (الأصحاب)

Siapa al-Ashab? Iaitu anak murid Imam Syafiie dan orang yang menjadi murid kepada murid Imam Syafiie hingga berakhir kurun yang ke 5 H (yakni penghujung kurun ke 400, atau sebelum muncul tahun ke 500 H).

- al-Ashab adalah mujtahid-mujtahid mazhab.
- Contoh Ashab; Imam al-Haramain, al-Ghazali.

Wednesday, May 20, 2020

Istilah2 bagi penaqalan dan tarjih

1. Istilah-istilah yang merujuk kepada Imam al-Syafiie;
القول، الحديد، القديم، النص، المشهور، الظاهر، الأظهر، الغريب، المذهب، 

2. Istilah yang merujuk kepada Ashab;
الأصح، الصحيح، وفي وجه، الطرق، الأوجه

. al-Azhar (الأظهر), al-Zahir (الظاهر) dan al-Masyhur (المشهور) adalah merujuk kepada dua pandangan (القولان) atau beberapa pandangan (الأقوال) yang dinaqalkan dari Imam al-Syafiie. Dalam menentukan penaqalan yang mana paling kuat, jika kedua-dua penaqalan adalah kuat, maka yang terkuat diungkapkan dengan istilah al-Azhar (الأظهر) dan yang kuat diungkapkan dengan al-Zahir (الظاهر). Jika salah satunya kuat dan satu lagi lemah, maka yang kuat diungkapkan dengan al-Masyhur (المشهور) bagi menunjukkan bahawa pandangan yang satu lagi adalah samar atau gharib) dari Imam Syafie.

5. Istilah al-Asah () dan al-Soheh () adalah merujuk kepada dua pandangan (الوجهين) atau beberapa pandangan (الأوجه) yang dinaqalkan dari Ashab. Jika kedua-dua atau beberapa pandangan itu merupakan pandangan yang kuat, maka istilah al-Asah akan digunakan bagi merujuk kepada yang rajih nagi menunjukkan bahawa yang sebaliknya adalah qaul yang soheh. Jika salah satu darinya kuat dan yang lain-lain adalah lemah, maka istilah yang digunakan bagi merujuk ke[ada yang rajih ialah al-soheh, bagi menunjukkan bahawa yang sebaliknya adalah qaul dhaif/fasid (lemah/rosak). 

6. Dari segi keharusan berfatwa dan beramal dengan pandangan marjuh;

a) Bagi pandangan yang sebalik bagi al-Ashah (yakni al-soheh) dan sebalik bagi al-Azhar (yakni pandangan al-zahir); harus beramal, tetapi tidak harus berfatwa dengannya.

b) Baginda pandangan yang sebalik bagi al-Masyhur (yakni pandang yang gharib atau al-khafiy) dan sebalik bagi al-soheh (iaitu pandangan yang fasid atau dhaif); tidak harus berfatwa dan juga tidak harus beramal.





 

Imam al-Nawawi

1. Imam al-Nawawi; lahir tahun 631 H, iaitu 6 tahun selepas kematian Imam al-Rafiie (Abdul Karim).
.
2. Istilah syaikhan dalam mazhab Syafiie; al-Rafiie dan al-Nawawi
.


HUKUM KHATIB DAN MAKMUM MINUM AIR SEMASA KHUTBAH

قال النَّووي في "المجموع": " يُكرِه لهم شُرْبُ الماء للتلذُّذ، ولا بأس بشرْبِه للعطش للقوْمِ والخطيب، هذا مذهبُنا، قال ابنُ ا...