Saturday, February 26, 2022

KONSEP TAHAJJUD

 Dalam kitab al-Iqna' (1/116) dinyatakan;

القَوْل فِي النَّوَافِل الْمُؤَكّدَة بعد الرَّوَاتِب (والنوافل الْمُؤَكّدَة) بعد الرَّوَاتِب (ثَلَاثَة) الأولى (صَلَاة اللَّيْل) وَهُوَ التَّهَجُّد وَلَو عبر بِهِ لَكَانَ أولى لمواظبته صلى الله عَلَيْهِ وَسلم وَلقَوْله تَعَالَى {وَمن اللَّيْل فتهجد بِهِ نَافِلَة لَك} وَقَوله تَعَالَى {كَانُوا قَلِيلا من اللَّيْل مَا يهجعون} وَهُوَ لُغَة رفع النّوم بالتكلف وَاصْطِلَاحا صَلَاة التَّطَوُّع فِي اللَّيْل بعد النّوم كَمَا قَالَه القَاضِي حُسَيْن سمي بذلك لما فِيهِ من ترك النّوم 

Dalam Hasyiyah al-Bujairmi (1/418) dinyatakan;

[حاشية البجيرمي]

قَوْلُهُ: (وَالنَّوَافِلُ الْمُؤَكَّدَةُ) فِي بَعْضِ النُّسَخِ وَثَلَاثُ نَوَافِلِ مُؤَكَّدَاتٍ. قَوْلُهُ: (بَعْدَ الرَّوَاتِبِ) أَيْ غَيْرِ الرَّوَاتِبِ.

قَوْلُهُ: (صَلَاةُ اللَّيْلِ) الْإِضَافَةُ عَلَى مَعْنَى فِي أَيْ صَلَاةٌ فِي اللَّيْلِ.

قَوْلُهُ: (لَكَانَ أَوْلَى) وَجْهُ الْأَوْلَوِيَّةِ أَنَّ صَلَاةً اللَّيْلِ شَامِلَةٌ لِلتَّهَجُّدِ وَغَيْرِهِ مَعَ أَنْ الْمُؤَكَّدَ إنَّمَا هُوَ التَّهَجُّدُ اهـ اج.

قَوْلُهُ: (وَلِقَوْلِهِ إلَخْ) لَا يَظْهَرُ دَلِيلًا عَلَى التَّأَكُّدِ، وَإِنَّمَا يَدُلُّ عَلَى مُطْلَقِ الطَّلَبِ وَكَذَا مَا بَعْدَهُ.

قَوْلُهُ: {وَمِنَ اللَّيْلِ فَتَهَجَّدْ بِهِ} [الإسراء: 79] قَالَ بَعْضُهُمْ: الْبَاءُ لِلظَّرْفِيَّةِ أَيْ فَتَهَجَّدْ فِيهِ، وَفِي التَّفْسِيرِ فَتَهَجَّدْ أَيْ صَلِّ بِهِ أَيْ بِالْقُرْآنِ أَيْ اقْرَأْهُ فِي صَلَاتِك فَرِيضَةً نَافِلَةً لَك أَيْ: زَائِدَةً عَلَى الصَّلَوَاتِ الْخَمْسِ كَمَا فِي الْجَلَالِ، فَنَافِلَةً صِفَةٌ لِمَوْصُوفٍ مَحْذُوفٍ وَاقِعٌ مَفْعُولًا لَتَهَجَّدَ، وَهُوَ فَرِيضَةٌ؛ لِأَنَّ التَّهَجُّدَ كَانَ وَاجِبًا فِي صَدْرِ الْإِسْلَامِ. قَالَ الْمُنَاوِيُّ فِي شَرْحِ الْخَصَائِصِ: وَاخْتُصَّ بِوُجُوبِ التَّهَجُّدِ أَيْ صَلَاةِ اللَّيْلِ، وَإِنْ قُلْت؛ لِأَنَّ اللَّهَ تَعَالَى أَمَرَهُ بِقِيَامِ أَكْثَرِ اللَّيْلِ بِقَوْلِهِ: {قُمِ اللَّيْلَ إِلا قَلِيلا} [المزمل: 2] وَلِخَبَرِ الطَّبَرَانِيِّ وَالْبَيْهَقِيِّ: «ثَلَاثٌ هُنَّ عَلَيَّ فَرَائِضُ وَلَكُمْ سُنَّةٌ الْوِتْرُ وَالسِّوَاكُ وَقِيَامُ اللَّيْلِ» هَذَا مَا صَحَّحَهُ الرَّافِعِيُّ وَنَقَلَهُ النَّوَوِيُّ عَنْ الْجُمْهُورِ، ثُمَّ قَالَ وَحَكَى الشَّيْخُ أَبُو حَامِدٍ أَنَّ الشَّافِعِيَّ - رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ - نَصَّ عَلَى أَنَّ قِيَامَ اللَّيْلِ كَانَ وَاجِبًا فِي أَوَّلِ الْإِسْلَامِ عَلَيْهِ وَعَلَى أُمَّتِهِ، ثُمَّ نُسِخَ عَنْهُ بِمَا فِي آخِرِ سُورَةِ الْمُزَّمِّلِ وَعَنْ أُمَّتِهِ بِالصَّلَوَاتِ الْخَمْسِ وَهُوَ الْأَصَحُّ أَوْ الصَّحِيحُ، وَفِي مُسْلِمٍ عَنْ عَائِشَةَ مَا يَدُلُّ عَلَيْهِ كَلَامُ النَّوَوِيِّ. وَصَحَّ عَنْهُ أَنَّهُ لَمْ يَكُنْ يَجْرِي فِي قِيَامِ اللَّيْلِ عَلَى وَتِيرَةٍ وَاحِدَةٍ هَذَا، وَاَلَّذِي عَلَيْهِ أَكْثَرُ أَصْحَابِ الشَّافِعِيِّ أَنَّهُ لَمْ يُنْسَخْ لِقَوْلِهِ تَعَالَى {وَمِنَ اللَّيْلِ فَتَهَجَّدْ بِهِ نَافِلَةً لَكَ} [الإسراء: 79] أَيْ عِبَادَةً زَائِدَةً عَلَى فَرَائِضِك؛ لِأَنَّ الْأَمْرَ لِلْوُجُوبِ وَفِي مَعْنَاهُ زِيَادَةٌ خَالِصَةٌ لَك؛ لِأَنَّ تَطَوُّعَ غَيْرِهِ يُكَفِّرُ ذَنْبَهُ وَتَطَوُّعَهُ خَالِصٌ لَهُ لِكَوْنِهِ لَا ذَنْبَ لَهُ، فَجَمِيعُ تَطَوُّعِهِ لِمَحْضِ زِيَادَةِ الدَّرَجَاتِ وَالْقُرْبِ. وَأَمَّا قَوْلُهُ: «اللَّهُمَّ إنِّي أَسْأَلُك الْجَنَّةَ وَمَا قَرَّبَ إلَيْهَا مِنْ قَوْلٍ وَعَمَلٍ» فَتَعْلِيمٌ لِأُمَّتِهِ اهـ.

قَوْلُهُ: {كَانُوا قَلِيلا} [الذاريات: 17] أَيْ فِي زَمَنٍ قَلِيلٍ وَمَا زَائِدَةٌ، وَيَهْجَعُونَ: يَنَامُونَ وَهُوَ خَبَرُ كَانَ أَيْ كَانُوا يَنَامُونَ فِي زَمَنٍ قَلِيلٍ مِنْ اللَّيْلِ أَيْ وَيُصَلُّونَ أَكْثَرَهُ كَمَا فِي الْجَلَالِ. قَوْلُهُ: (وَهُوَ لُغَةً رَفْعُ النَّوْمِ) أَيْ إزَالَتُهُ. وَقَوْلُهُ: بِالتَّكَلُّفِ أَيْ بِالْمَشَقَّةِ.

قَوْلُهُ: (صَلَاةُ التَّطَوُّعِ) هَذَا بَيَانُ أَصْلِهِ، وَإِلَّا فَهُوَ يَحْصُلُ بِفَرْضٍ وَلَوْ قَضَاءً أَوْ نَذْرًا وَنَفْلٍ مُؤَقَّتٍ كَذَلِكَ وَلَوْ سُنَّةَ الْعِشَاءِ أَوْ الْوِتْرِ، حَيْثُ كَانَ بَعْدَ فِعْلِ الْعِشَاءِ وَبَعْدَ نَوْمٍ، وَلَوْ كَانَ النَّوْمُ فِي وَقْتِ الْمَغْرِبِ فَالتَّطَوُّعُ لَيْسَ بِقَيْدٍ ق ل. وَيَتَلَخَّصُ أَنَّ بَيْنَ الْوِتْرِ وَالتَّهَجُّدِ عُمُومًا وَخُصُوصًا وَجْهَيْنِ: يَجْتَمِعَانِ فِيمَا لَوْ فَعَلَ الْوِتْرَ بَعْدَ فِعْلِ الْعِشَاءِ وَالنَّوْمِ، وَيَنْفَرِدُ الْوِتْرُ فِيمَا لَوْ فَعَلَهُ قَبْلَ النَّوْمِ وَيَنْفَرِدُ التَّهَجُّدُ فِيمَا لَوْ صَلَّى نَفْلًا غَيْرَ الْوِتْرِ بَعْدَ نَوْمٍ اهـ اج.

Kesimpulan;

1. Solat malam merangkumi tahajjud dan  bukan tahajjud. Yang muakkad ialah tahajjud.

2. Maksud Tahajjud ialah solat tatawwu' (sunat) pada waktu malam setelah bangun dari tidur.

3.  Namun sebutan "solat tatawwu'" itu adalah bagi menjelaskan asas bagi tahajjud iaitu bangun untuk mengerjakan solat sunat pada waktu tersebut (yakni waktu selepas Isyak setelah didahului dengan tidur). Adapun dari segi terhasilnya tahajjud, ia terhasil dengan sebarang solat merangkumi solat fardhu, qadha, nazar, solat sunat berwaktu, sunat isyak atau witir asalkan dilakukan selepas isyak dan selepas tidur, sekalipun tidur setelah maghrib. Maka penyebutan solat tatawwu' tidaklah menjadi qaid bagi  tahajjud, hanya untuk menjelaskan asasnya sahaja.

Thursday, February 17, 2022

MAZHAB SALAF DAN KHALAF TENTANG AYAT SIFAT MENURUT AL-NAWAWI

 وَعَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ " يَنْزِلُ رَبُّنَا تَبَارَكَ وَتَعَالَى فِي كل ليلة حين يبقى من ثُلُثُ اللَّيْلِ الْآخِرُ يَقُولُ مَنْ يَدْعُو فَأَسْتَجِيبَ لَهُ مَنْ يَسْأَلُنِي فَأُعْطِيَهُ مَنْ يَسْتَغْفِرُنِي فَأَغْفِرَ لَهُ " رَوَاهُ الْبُخَارِيُّ وَمُسْلِمٌ وَفِي هَذَا الْحَدِيثِ وَشَبَهِهِ مِنْ أَحَادِيثِ الصِّفَاتِ وَآيَاتِهَا مَذْهَبَانِ مَشْهُورَانِ أَحَدُهُمَا تَأْوِيلُهُ عَلَى مَا يَلِيقُ بِصِفَاتِ اللَّهِ سبحانه وتعالي وتنزيهه من الِانْتِقَالِ وَسَائِرِ صِفَاتِ الْمُحْدَثِ وَهَذَا هُوَ الْأَشْهَرُ عن الْمُتَكَلِّمِينَ وَالثَّانِي الْإِمْسَاكُ عَنْ تَأْوِيلِهَا مَعَ اعْتِقَادِ تَنْزِيهِ اللَّهِ سُبْحَانَهُ عَنْ صِفَاتِ الْمُحْدَثِ لِقَوْلِهِ تعالي ليس كمثله شئ وَهَذَا مَذْهَبُ السَّلَفِ وَجَمَاعَةٍ مِنْ الْمُتَكَلِّمِينَ وَحَاصِلُهُ أَنْ يُقَالَ لَا نَعْلَمُ الْمُرَادَ بِهَذَا وَلَكِنْ نُؤْمِنُ بِهِ مَعَ اعْتِقَادِنَا أَنَّ ظَاهِرَهُ غَيْرُ مُرَادٍ وَلَهُ مَعْنًى يَلِيقُ بِاَللَّهِ تَعَالَى وَاَللَّهُ أَعْلَمُ

Rujukan; al-Majmuk, 4/48.

Thursday, February 10, 2022

TERLUPA SUJUD DALAM SOLAT

assalamualaikum ustaz .. saya solleh .. sy nk bertnya sikit tentang solat .. klau kita sujud dan bngun untuk rakaat strusnya , tiba2 datang syak sama ada sujud sekali atau dua kali tadi .. ap perlu kita lakukan ustaz ..

jAWAPAN;

1. Jika belum lagi rukuk, hendaklah kembali sujud, kemudian sambung solat seperti biasa. Sebelum beri salam, sujud sahwi. Jika dah rukuk, teruskan solat dan rakaat sblumnya (yg terlupa sujud) dikira tiada. Sebelum solat, sujud sahwi. 


2. Jika teringat selepas memberi salam dan masa belum panjang, kembali sujud, kemudian tahiyyat semula, kemudian sujud sahwi dan memberi salam. Jika hanya teringat setelah lama berlalu, perlu ulangi solat semula.

3. Jika setelah memberi salam didapati ada sujud tertinggal, namun tidak pasti pada rakaat mana sujud itu tertinggal, tambah satu rakaat, kemudian sujud sahwi dan memberi salam. Itupun jika tidak lama masa berlalu. Jika lama masa berlalu -setelah memberi salam-, perlu ulang solat semula.

Wallahu a'lam.

Rujukan; 

Tuesday, February 8, 2022

WANITA-WANITA MAHRAM KERANA PERKAHWINAN DAN KAITAN ANTARA NASAB DAN PENYUSUAN

 Dalam kitab Ahkam al-Zawaj 'Ala Mazahib al-Arba'ah dinyatakan; menjadi mahram kepada perkahwinan empat kategori berikut;

1. Ibu kepada isteri (أم الزوجة), yakni mertua

- Iaitu tanpa perantara (yakni mertua itu sendiri) atau dengan perantara (yakni ibu kepada mertua), sama ada kerana nasab atau kerana penyusuan (yakni ibu susu kepada isteri).

2. Isteri kepada asal-usul kita (زوجة الأصل) (isteri kepada bapa atau datuk kita), yakni ibu tiri atau nenek kita

- Sama ada dari pihak bapa kita (iaitu isteri kepada datuk kita sebelah bapa) atau dari pihak ibu kita (yakni isteri kepada datuk kita dari sebelah ibu).

3. Isteri cabang/zuriat kita (زوجة الفرع) (iaitu isteri anak atau cucu kita atau cicit kita dan seterusnya, yakni anak-anak menantu kita)

- sama ada zuriat kita itu yang boleh mewarisi atau tidak, maka isteri mereka semuanya adalah mahram kita, contohnya; isteri kepada anak lelaki bagi anak perempuan kita (زوجة ابن البنت) dan yang berikutnya.

Peringatan; tidak ada beza dalam kedudukan mahram bagi asal-usul dan cabang/zuriat sama ada kerana nasab atau penyusuan di mana mahram kerana nasab sabit dengan ayat al-Quran, sementara mahram kerana susuan sabit dengan hadis. Maka turut menjadi mahram ialah;

- Isteri-isteri kepada bapa/datuk kita kerana susuan

- Isteri-isteri kepada anak/cucu kita kerana susuan

4. Anak perempuan tiri (الربيبة)

- iaitu anak perempuan kepada isteri kita -begitu juga cucu perempuannya, cicitnya hingga seterusnya- sama ada kerana nasab atau kerana susuan, jika telah disetubuhi dengan akad soheh atau akad fasid. Maka merangkumi sebagai mahram kita; anak-anak susu kepada isteri (contohnya; seorang lelaki mengawini seorang wanita yang memiliki anak perempuan susuan, maka anak perempuan itu dikira anak perempuan tirinya kerana susuan dan merupakan mahramnya).

- Tidak hanya anak tiri menjadi mahram kita, akan tetapi anak perempuan beliau juga turut menjadi mahram kita. Maka keseluruhan anak-cucu kepada isteri kita semuanya adalah mahram kita, merangkumi;

1. Anak perempuan tiri kita (الربيبة)

2. Anak perempuan kepada anak perempuan tiri kita (بنت الربيبة) (cucu tiri)

3. Anak perempuan kepada anak lelaki tiri kita (بنت الربيب) (cucu tiri)

4. Anak perempuan kepada anak lelaki bagi anak perempuan tiri kita (بنت ابن الربيبة) (cicit tiri)

Kesimpulannya, tidak hanya anak perempuan tiri secara lansung menjadi mahram kita, akan tetapi anak perempuan tiri secara wasitah (perantaraan) juga turut menjadi mahram kita.

Rujukan;

أحكام الزواج على المذاهب الأربعة، لأبي العباس الديربي الشافعي، ت 1151 هـ، ص 27-32

TIDAK TERSENARAI DALAM MAHRAM

1) Ibu kepada menantu kita dan mak kepada ibu tiri bukan mahram 

Sekalipun menantu (yakni isteri kepada anak kita) adalah mahram kita, namun ibunya tidaklah mahrah kita. Begitu juga, wanita yang menjadi isteri bapa kita -yakni ibu tiri kita- merupakan mahram kita, namun ibu beliau tidaklah menjadi mahram kita. Dalam erti lain, status mahramnya menantu dan mak tiri hanya berhenti pada mereka sahaja, tidak berantaian kepada orang selepas mereka (m.s. 32).

2) Turut tidak tersenarai dalam mahram ialah;

- anak perempuan kepada suami ibu kita (بنت زوج الأم) (yakni perempuan yang menjadi saudara tiri kita dengan kerana sabit perkahwinan bapanya dengan ibu kita) dan ibunya (أم زوج الأم)(yakni perempuan yang menjadi nenek tiri kita kerana sabit perkahwinan anaknya dengan ibu kita), 

- begitu juga tidak menjadi mahram anak perempuan kepada suami anak perempuan kita (بنت زوج البنت) (yakni perempuan yang menjadi cucu tiri kita kerana sabit perkahwinan bapanya dengan anak perempuan kita) dan juga ibunya (أم زوج البنت) (yakni perempuan yang menjadi besan kita), 

- dan begitu juga tidak menjadi mahram ibu kepada isteri bapa kita (أم زوجة الأب) (yakni ibu kepada mak tiri kita, yakni perempuan yang menjadi nenek tiri kita kerana sabit perkahwinan bapa kita dengan anak perempuannya) dan anak perempuannya (بنت زوجة الأب) (yakni anak perempuan kepada ibu tiri kita, yakni saudara perempuan tiri kita kerana sabit perkahwinan antara ibunya dengan bapa kita).

- dan begitu juga tidak menjadi mahram ibu kepada isteri anak lelaki kita (أم زوجة الابن) (yakni besan kita) dan anak perempuannya (بنت زوجة الابن) (yakni perempuan yang menjadi anak tiri kita kerana sabit perkahwinan antara ibunya dengan anak lelaki kita),

- semua di atas tidak menjadi mahram kerana ia terkeluar dari senarai mahram yang disebut dalam ayat al-Quran dan hukum tersebut telah disepakati ulamak.

Rujukan;

أحكام الزواج على المذاهب الأربعة، لأبي العباس الديربي الشافعي، ت 1151 هـ، ص 33.


ADAKAH ANAK PEREMPUAN KEPADA SUAMI IBU KITA (YAKNI BAPA TIRI KITA) DAN IBU KEPADANYA MERUPAKAN MAHRAM KITA?

Tidak mahram. Dijelaskan dalam kitab Ahkam al-Zawaj;

"Tidak menjadi mahram;

- anak perempuan kepada suami ibu kita (بنت زوج الأم) (yakni perempuan yang menjadi saudara tiri kita dengan kerana sabit perkahwinan bapanya dengan ibu kita) dan ibunya (أم زوج الأم)(yakni perempuan yang menjadi nenek tiri kita kerana sabit perkahwinan anaknya dengan ibu kita), 

- begitu juga tidak menjadi mahram anak perempuan kepada suami anak perempuan kita (بنت زوج البنت) (yakni perempuan yang menjadi cucu tiri kita kerana sabit perkahwinan bapanya dengan anak perempuan kita) dan juga ibunya (أم زوج البنت) (yakni perempuan yang menjadi besan kita), 

- dan begitu juga tidak menjadi mahram ibu kepada isteri bapa kita (أم زوجة الأب) (yakni ibu kepada mak tiri kita, yakni perempuan yang menjadi nenek tiri kita kerana sabit perkahwinan bapa kita dengan anak perempuannya) dan anak perempuannya (بنت زوجة الأب) (yakni anak perempuan kepada ibu tiri kita, yakni saudara perempuan tiri kita kerana sabit perkahwinan antara ibunya dengan bapa kita).

- dan begitu juga tidak menjadi mahram ibu kepada isteri anak lelaki kita (أم زوجة الابن) (yakni besan kita) dan anak perempuannya (بنت زوجة الابن) (yakni perempuan yang menjadi anak tiri kita kerana sabit perkahwinan antara ibunya dengan anak lelaki kita),

- semua di atas tidak menjadi mahram kerana ia terkeluar dari senarai mahram yang disebut dalam ayat al-Quran dan hukum tersebut telah disepakati ulamak.

Rujukan;

أحكام الزواج على المذاهب الأربعة، لأبي العباس الديربي الشافعي، ت 1151 هـ، ص 33.


ADAKAH IBU MENANTU DAN IBU MAK TIRI TERMASUK MAHRAM?

Sekalipun menantu (yakni isteri kepada anak kita) adalah mahram kita, namun ibunya tidaklah mahrah kita. Begitu juga, wanita yang menjadi isteri bapa kita -yakni ibu tiri kita- merupakan mahram kita, namun ibu beliau tidaklah menjadi mahram kita. Dalam erti lain, status mahramnya menantu dan mak tiri hanya berhenti pada mereka sahaja, tidak berantaian kepada orang selepas mereka.

Ia berbeza dengan status anak tiri, di mana tidak hanya anak tiri menjadi mahram kita, akan tetapi anak perempuan beliau juga turut menjadi mahram kita. Keseluruhannya anak-cucu kepada isteri kita semuanya adalah mahram kita, merangkumi;

1. Anak perempuan tiri kita (الربيبة)

2. Anak perempuan kepada anak perempuan tiri kita (بنت الربيبة) (cucu tiri)

3. Anak perempuan kepada anak lelaki tiri kita (بنت الربيب) (cucu tiri)

4. Anak perempuan kepada anak lelaki bagi anak perempuan tiri kita (بنت ابن الربيبة) (cicit tiri)

Kesimpulannya, tidak hanya anak perempuan tiri secara lansung menjadi mahram kita, akan tetapi anak perempuan tiri secara wasitah (perantaraan) juga turut menjadi mahram kita.

Rujukan; 

أحكام الزواج على المذاهب الأربعة، لأبي العباس الديربي الشافعي، ت 1151 هـ، ص 32. 

Friday, February 4, 2022

MENGHADIAHKAN FATIHAH UNTUK NABI MUHAMMAD SAW

Dalam Fatawa al-Ramli dijelaskan;

(سُئِلَ) عَمَّنْ قَرَأَ شَيْئًا مِنْ الْقُرْآنِ ‌وَأَهْدَى ‌ثَوَابَهُ لِلنَّبِيِّ - صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ - مِثْلَ وَأَوْصَلَ إلَى حَضْرَتِهِ أَوْ زِيَادَةً فِي شَرَفِهِ أَوْ مُقَدَّمًا بَيْنَ يَدَيْهِ أَوْ غَيْرَ ذَلِكَ كَمَا جَرَتْ بِهِ الْعَادَةُ هَلْ ذَلِكَ جَائِزٌ مَنْدُوبٌ يُؤْجَرُ فَاعِلُهُ أَوْ لَا وَمَنْ مَنَعَ ذَلِكَ مُتَمَسِّكًا بِأَنَّهُ أَمْرٌ مُخْتَرَعٌ لَمْ يَرِدْ بِهِ أَثَرٌ وَلَا يَنْبَغِي أَنْ يُجْتَرَأَ عَلَى مَقَامِهِ الشَّرِيفِ إلَّا بِمَا وَرَدَ كَالصَّلَاةِ عَلَيْهِ وَسُؤَالِ الْوَسِيلَةِ هَلْ هُوَ مُصِيبٌ أَوْ لَا؟

(فَأَجَابَ) نَعَمْ ذَلِكَ جَائِزٌ بَلْ مَنْدُوبٌ قِيَاسًا عَلَى الصَّلَاةِ عَلَيْهِ - صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ - وَسُؤَالِ الْوَسِيلَةِ وَالْمَقَامِ الْمَحْمُودِ وَنَحْوِهِ ذَلِكَ بِجَامِعِ الدُّعَاءِ بِزِيَادَةِ تَعْظِيمِهِ وَقَدْ جَوَّزَهُ جَمَاعَاتٌ مِنْ الْمُتَأَخِّرِينَ وَعَلَيْهِ عَمَلُ النَّاسِ وَمَا رَآهُ الْمُسْلِمُونَ حَسَنٌ فَهُوَ عِنْدَ اللَّهِ حَسَنٌ فَالْمَانِعُ مِنْ ذَلِكَ غَيْرُ مُصِيبٍ

(3/1215)

Kesimpulan; harus dan digalakkan dikiaskan kepada selawat dan permohonan wasilah untuk baginda.

Tidakkah itu tahsil al-hasil? Dijawab dalam Hasyiyah Ibnu 'Abidin;

قُلْت: وَقَوْلُ عُلَمَائِنَا لَهُ أَنْ يَجْعَلَ ثَوَابَ عَمَلِهِ لِغَيْرِهِ يَدْخُلُ فِيهِ النَّبِيُّ - صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ - فَإِنَّهُ أَحَقُّ بِذَلِكَ حَيْثُ أَنْقَذَنَا مِنْ الضَّلَالَةِ، فَفِي ذَلِكَ نَوْعُ شُكْرٍ وَإِسْدَاءُ جَمِيلٍ لَهُ، وَالْكَامِلُ قَابِلٌ لِزِيَادَةِ الْكَمَالِ. وَمَا اسْتَدَلَّ بِهِ بَعْضُ الْمَانِعِينَ مِنْ أَنَّهُ ‌تَحْصِيلُ ‌الْحَاصِلِ لِأَنَّ جَمِيعَ أَعْمَالِ أُمَّتِهِ فِي مِيزَانِهِ. يُجَابُ عَنْهُ بِأَنَّهُ لَا مَانِعَ مِنْ ذَلِكَ، فَإِنَّ اللَّهَ - تَعَالَى - أَخْبَرَنَا بِأَنَّهُ صَلَّى عَلَيْهِ ثُمَّ أَمَرَنَا بِالصَّلَاةِ عَلَيْهِ، بِأَنْ نَقُولَ: اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ، وَاَللَّهُ أَعْلَمُ

(2/244). 

Thursday, February 3, 2022

JIKA SEORANG MUSAFIR BERPINDAH-PINDAH DARI SATU TEMPAT KE SATU TEMPAT, ADAKAH DIBOLEHKAN LAGI IA JAMAK DAN QASAR?

Dalam kitab Bughyah al-Mustarsyidin (al-Sayyid Abdul Rahman Ba Alawi);

"Jamaah haji yang bermukim di Mekah sebelum wukuf di Arafah selama kurang dari empat hari penuh, maka perjalanannya tidak putus, maka pada waktu tersebutt dia tetap boleh mengambil rukhsah ketika keluar ke Arafah, walaupun ia niat bermukim di Mekah setelah perlaksanaan haji. Sebab hak perjalanannya tidak putus dengan mukimnya di Mekah tadi sampai ia mukim dengan waktu yang bisa memutus perjalanannya (empat hari empat malam penuh). Demikian menurut pendapat muktamad".

Dinaqal dari Terjemahan Fathul Qarib, 1/450.

HUKUM MEMANJANGKAN TASYAHHUD AWAL DAN BERDOA KETIKA ITU

Dalam kitab al-Muqaddimah al-Hadramiyah disebutkan dalam senarai perkara-perkara makruh dalam solat;
وإطالة التَّشَهُّد الأول وَالدُّعَاء فِيهِ
(m.s. 81).
Dalam syarahnya al-Minhaj al-Qawim, dinyatakan'
"وإطالة التشهد الأول" ولو بالصلاة على الآل فيه والدعاء فيه لبنائه على التخفيف
(m.s. 125).

Kesimpulan; hukumnya adalah makruh.

HUKUM MENGANGKAT SUARA KETIKA SOLAT HINGGA MENGGANGGU ORANG LAIN

Dalam kitab al-Muqaddimah al-Hadramiyah dinyatakan;
وَيحرم الْجَهْر أَن شوش على غَيره

(m.s. 81).

Maksudnya; haram mengangkat suara jika menimbulkan gangguan kepada orang lain. 

Dalam syarahnya al-Minhaj al-Qawim;
"ويحرم" على كل أحد "الجهر" في الصلاة وخارجها "إن شوش على غيره" من نحو مصل أو قارئ أو نائم للضرر ويرجع لقول المتشوش ولو فاسقًا لأنه لا يعرف إلا منه، وما ذكره من الحرمة ظاهر لكن ينافيه كلام المجموع وغيره فإنه كالصريح في عدمها إلا أن يجمع بحمله على ما إذا خف التشويش
(m.s. 126).

Ungkapan (لكن ينافيه كلام المجموع وغيره فإنه كالصريح في عدمها إلا أن يجمع بحمله على ما إذا خف التشويش) memberi maksud pandangan haram itu menyalahi pandangan al-Nawawi dalam al-Majmuk yang menyebut dengan jelas ketidakharamannya, namun dapat dihimpunkan kedua pandangan tersebut dengan memahami maksud al-Nawawi tidak haram itu ialah jika gangguan itu sedikit.

Kesimpulan; haram jika menimbulkan gangguan yang ketara kepada orang lain dan tidak haram jika tidak ketara gangguannya. Wallahu a'lam.

HUKUM MENCUIK IMAM OLEH ORANG YANG AKAN BERMAKMUM

Dibolehkan namun jangan sampai menjadikannya terkejut dan hilang khusyuknya. Malah digalakkan oleh al-Habib Zain supaya imam menyedari ada makmum dibelakangnya dan berniat menjadi imam (supaya dapat sama-sama memperolehi pahala berjamaah).

Rujuk; (شمس المنير: الجزء الأول ص 357 وموهبة الفضل الجزء الثاني ص 396-397)

Dinaqal dari kitab; Terjemahan Fathul Qarib, 1/447.

ADAKAH DISUNATKAN WANITA MENGHADIRI JUMAAT

Ya, disunatkan, malah terbaik (afdhal) baginya kerana solat jumaat adalah kefardhuan ahli al-kamal, dan tidak perlu lagi dia solat zohor (Bughyatul Mustarsyidin).

Dinaqal dari; Terjemahan Fathul Qarib, 1/445.

ADAKAH SUNAT MENDOAKAN ORANG BERSIN (TASYMIT), RASULULLAH (SELAWAT) DAN SAHABAT (TARADHI) KETIKA KHATIB SEDANG KHUTBAH?

Dalam kitab I'anatul Tolibin; Disunatkan, dan sunat mengangkat suara dengannya, namun jangan keterlaluan (hukumnya makruh). 

Dinaqal dari; Terjemahan Fathul Qarib (LIRBOYO PRESS), 1/444.

MENGQADHA SOLAT KERANA MERASAKAN ADA MENINGGALKAN SOLAT PADA MASA LALU

Dalam al-Fatawa al-Fiqhiyyah al-Kubra (Imam Ibnu Hajar);

فَإِنْ لَمْ يَظُنَّ أَنَّ عَلَيْهِ قَضَاءٌ وَلَا شَكَّ فِيهِ فَنِيَّةُ الْقَضَاءِ بَاطِلَةٌ

(2/84).

Kesimpulannya, perlu ada asas untuk mengqadha. Semata-mata ihtiyat, tidak boleh mengqadha solat, mesti sekurang-kurangnya wujud keraguan bahawa ada solat yang tertinggal baru sah niat qadha. Wallahu a'lam.

MENGHADIAHKAN SOLAT DAN AMALAN UNTUK SI MATI

Dalam kitab I'anah al-Tolibin, dinaqalkan;

وقال المحب الطبري: يصل للميت كل عبادة تفعل، واجبة أو مندوبة.

وفي شرح المختار لمؤلفه: مذهب أهل السنة، إن للإنسان أن يجعل ثواب عمله وصلاته لغيره ويصله.

اه

 (1/33).

Kesimpulan; harus dan sampai kepada si mati.

QADHA SOLAT DAN FIDYAH SOLAT UNTUK SI MATI

Dalam kitab I'anah al-Talibin; 

(فائدة) من مات وعليه صلاة فلا قضاء ولا فدية.

وفي قول - كجمع مجتهدين - أنها تقضى عنه لخبر البخاري وغيره، ومن ثم اختاره جمع من أئمتنا، وفعل به السبكي عن بعض أقاربه.

ونقل ابن برهان عن القديم أنه يلزم الولي إن خلف تركة أن يصلى عنه، كالصوم.

وفي وجه - عليه كثيرون من أصحابنا - أنه يطعم عن كل صلاة مدا.

وقال المحب الطبري: يصل للميت كل عبادة تفعل، واجبة أو مندوبة.

وفي شرح المختار لمؤلفه: مذهب أهل السنة، إن للإنسان أن يجعل ثواب عمله وصلاته لغيره ويصله.

اه.

وقوله: لم تقض ولم تفد عنه وعند الإمام أبي حنيفة رضي الله عنه: تفدى عنه إذا أوصى بها ولا تقضى عنه.

ونص عبارة الدر مع الأصل: ولو مات وعليه صلوات فائتة، وأوصى بالكفارة، يعطى لكل صلاة نصف صاع من بر كالفطرة، وكذا حكم الوتر والصوم.

وإنما يعطى من ثلث ماله، ولو لم يترك مالا يستقرض وارثه نصف صاع مثلا ويدفعه للفقير ثم يدفعه الفقير للوارث، ثم وثم حتى يتم.

ولو قضاها وارثه بأمره لم يجز لأنها عبادة بدنية.

اه.

وكتب العلامة الشامي ما نصه: قوله: يستقرض وارثه نصف صاع أي أو قيمة ذلك.

اه

(1/33).

Kesimpulan; majoriti ulamak mazhab Syafiie tidak membolehkannya. Namun ada segolongan ulamak mujtahidin mazhab Syafiie membolehkannya, dan diamalkan oleh Imam al-Subki untuk si mati dari kerabat sahaja. Menurut Imam Abu Hanifah; dibayar fidyah jika ia pesan, namun qadha tak boleh.

Itu bagi qadha solat, adalah melakukan solat sunat dan menghadiah kepada si mati, maka menurut Syarh al-Muhtar; digalakkan dan sampai kepada si mati.

Rujukan asal; Terjemahan Fathul Qarib (LIRBOYO PRESS), 1/452.

ADAKAH TISU TANDAS DAPAT DIGUNAKAN UNTUK ISTINJAK?

Lihat; Syarah al-Yaqut al-Nafis, m.s. 103.

HUKUM RUANG DI SEKELILING MASJID

Lihat; Syarah al-Yaqut al-Nafis, m.s. 92.

ADAKAH WANITA DALAM HAID BAWA AL-QURAN KECIL

Dibolehkan (kepada orang berjunub) membawa mushaf yang kecil saiznya untuk tujuan tabarruk dan perlindungan diri di mana para tentera Turki zaman dahulu biasa membawa mushaf untuk perlindungan diri dan tabarruk.

Lihat; syarah al-Yaqut al-Nafis, m.s. 92.

SEJAUH MANA WANITA DALAM HAID DILARANG MEMBACA AL-QURAN

Dalam matan al-Yaqut al-Naifs (m.s. 92); diharamkan ke atas orang berjunub; "...membaca al-Quran dengan niat bacaan".

Dalam syarahnya disebutkan; yakni dengan niat membaca al-Quran semata-mata atau bersama niat lain (seperti membaca dengan niat bacaan al-Quran di samping niat pelindungan diri atau zikir). Adapun jika tanpa niat membaca al-Quran seperti berniat untuk zikir. mengambil peringatan, menghafal/mengingati atau melindung diri, yakni tanpa ada langsung niat membaca al-Quran di samping niat-niat tadi atau membaca begitu sahaja, tidaklah diharamkan kepada orang berjunub.

Dalam Syarah al-Yaqut al-Nafis (Syeikh Muhammad al-Syatiri) dinyatakan; adapun membaca al-Quran untuk zikir dan tabarruk -sebagaimana dalam aurad (wirid-wirid), maka hukumnya harus.  

Dalam muka surat 120 (matan yang sama); diharamkan ke atas waniya haid dan nifas 11 perkara; .....membaca al-Quran dengan niat qiraah (bacaan)..".

Dalam Syarah tadi dinyatakan; adapun larangan membaca al-Quran, maka ramai para ulamak mengecualikannya bagi guru wanita (hafizah), kerana jika kita melarang mereka maka dikhuatiri akan lemah hafazan mereka atau mereka akan melupainya (yakni hafazan al-Quran mereka). Pandangan ini memberi kemudahan kepada para guru (al-Quran) di kalangan wanita atau para hafizah. 

Lihat; Syarah al-Yaqut al-Nafis, m.s. 92 dan 120.

UNTUK MEMBACA LEBIH LANJUT PANDANGAN ULAMAK; sila baca dalam blog; ilmudanulamak

ADAKAH HARUS MENGERJAKAN SOLAT QABLIYAH JUMAAT KETIKA IMAM SEDANG BERKHUTBAH?

Dalam syarah al-Yaqut al-Nafis dijelaskan;

وسنة الجمعة لا تسن والإمام يخطب وإنما تسن تحية المسجد وتندرج القبلية معها والكثير يجهل ذلك

m.s. 93.

PERSOALAN NIAT KETIKA MANDI WAJIB

Dalam syarah al-Yaqut al-Nafis dijelaskan;

1) Seseorang itu hendaklah beringat ketika beristinjak (semasa mandi wajib); hendaklah dia berniat mengangkat hadas besar dari tempat istinjak dan kawasan sekitarnya ketika dia menyampaikan air di kawasan tersebut, dan janganlah dia menyentuh semula qubul dan duburnya selepas berniat mengangkat hadas untuk kawasan badan selebihnya untuk mengelak wudhuknya terbatal. Ada berkata; hendaklah dia menyampaikan air ke kawasan qubul dan dubur itu dengan bersarung tangan.

2) Disunatkan dia berniat dua kali; mula-mula dia berniat mengerjakan sunat-sunat mandi, kemudian bila selesai dia berniat pula mengangkat hadas besar atau berniat mandi wajib. Tidak memadai untuk mandi junub/wajib dengan berniat "نزيت الغسل" sahaja, kerana mandi itu kadang-kadang bertujuan untuk menyejukkan badan, berbeza dengan mengambil wudhuk di mana ia tidak dilakukan melainkan untuk tujuan ibadah, maka mencukupi dengan niat "نويت الوضوء" sahaja. Adapun mandi ia boleh dilakukan kerana ibadah dan boleh untuk ibadah, maka memerlukan kepada ta'yiin (penentuan yang mana satu), maka wajib diniatkan kefardhuannya dengan menyebutkan "نويت فرض الغسل" atau berniat mengangkat hadas besar.

m.s. 87

  

BILA JANIN WAJIB DIMANDIKAN

Dalam kitab matan al-Yaqut al-Nafis, dinyatakan; antara perkara yang mewajibkan mandi ialah;

(Keenam); al-maut (mati).

Disebut dalam ta'liq (nota kaki); yakni kematian seorang muslim yang bukan dengan sebab syahid, sekalipun bayi keguguran yang belum zahir tanda-tanda hidup sekiranya telah mencapai usia 4 bulan (dalam kandungan). m.s. 86. 

MANDI WILADAH

 Dalam kitab Syarah al-Yaqut al-Nafis disebutkan;

"Kelima (yakni dari perkara yang mewajibkan mandi); wiladah, sekalipun yang dilahirkan itu merupakan mudghah atau alaqah. Sekalipun seorang wanita melahirkan anak dalam keadaan kering, yakni tanpa darah sedikitpun, wajib atasnya mandi". m.s. 85.

Maksudnya; termasuk wanita keguguran, wajib mandi wiladah asalkan bidan mengesahkan bahawa yang keluar itu ada janin (asal manusia). 


Tuesday, February 1, 2022

WANITA HAID DISUNATKAN BERWUDHUK SEBELUM TIDUR JIKA BERHENTI HAIDNYA

قال شيخ الإسلام زكريا الأنصاري بعد أن ذكر استحباب وضوء الجنب عند النوم: وكالجنب فيما ذكر الحائض والنفساء إذا انقطع دمهما ذكره -النووي- في الروضة عن الأصحاب. 

Rujukan ulasan Imam al-Nawawi; Syarah Soheh Muslim, 3/218

HUKUM KHATIB DAN MAKMUM MINUM AIR SEMASA KHUTBAH

قال النَّووي في "المجموع": " يُكرِه لهم شُرْبُ الماء للتلذُّذ، ولا بأس بشرْبِه للعطش للقوْمِ والخطيب، هذا مذهبُنا، قال ابنُ ا...