Showing posts with label MUNAKAHAT. Show all posts
Showing posts with label MUNAKAHAT. Show all posts

Tuesday, February 8, 2022

WANITA-WANITA MAHRAM KERANA PERKAHWINAN DAN KAITAN ANTARA NASAB DAN PENYUSUAN

 Dalam kitab Ahkam al-Zawaj 'Ala Mazahib al-Arba'ah dinyatakan; menjadi mahram kepada perkahwinan empat kategori berikut;

1. Ibu kepada isteri (أم الزوجة), yakni mertua

- Iaitu tanpa perantara (yakni mertua itu sendiri) atau dengan perantara (yakni ibu kepada mertua), sama ada kerana nasab atau kerana penyusuan (yakni ibu susu kepada isteri).

2. Isteri kepada asal-usul kita (زوجة الأصل) (isteri kepada bapa atau datuk kita), yakni ibu tiri atau nenek kita

- Sama ada dari pihak bapa kita (iaitu isteri kepada datuk kita sebelah bapa) atau dari pihak ibu kita (yakni isteri kepada datuk kita dari sebelah ibu).

3. Isteri cabang/zuriat kita (زوجة الفرع) (iaitu isteri anak atau cucu kita atau cicit kita dan seterusnya, yakni anak-anak menantu kita)

- sama ada zuriat kita itu yang boleh mewarisi atau tidak, maka isteri mereka semuanya adalah mahram kita, contohnya; isteri kepada anak lelaki bagi anak perempuan kita (زوجة ابن البنت) dan yang berikutnya.

Peringatan; tidak ada beza dalam kedudukan mahram bagi asal-usul dan cabang/zuriat sama ada kerana nasab atau penyusuan di mana mahram kerana nasab sabit dengan ayat al-Quran, sementara mahram kerana susuan sabit dengan hadis. Maka turut menjadi mahram ialah;

- Isteri-isteri kepada bapa/datuk kita kerana susuan

- Isteri-isteri kepada anak/cucu kita kerana susuan

4. Anak perempuan tiri (الربيبة)

- iaitu anak perempuan kepada isteri kita -begitu juga cucu perempuannya, cicitnya hingga seterusnya- sama ada kerana nasab atau kerana susuan, jika telah disetubuhi dengan akad soheh atau akad fasid. Maka merangkumi sebagai mahram kita; anak-anak susu kepada isteri (contohnya; seorang lelaki mengawini seorang wanita yang memiliki anak perempuan susuan, maka anak perempuan itu dikira anak perempuan tirinya kerana susuan dan merupakan mahramnya).

- Tidak hanya anak tiri menjadi mahram kita, akan tetapi anak perempuan beliau juga turut menjadi mahram kita. Maka keseluruhan anak-cucu kepada isteri kita semuanya adalah mahram kita, merangkumi;

1. Anak perempuan tiri kita (الربيبة)

2. Anak perempuan kepada anak perempuan tiri kita (بنت الربيبة) (cucu tiri)

3. Anak perempuan kepada anak lelaki tiri kita (بنت الربيب) (cucu tiri)

4. Anak perempuan kepada anak lelaki bagi anak perempuan tiri kita (بنت ابن الربيبة) (cicit tiri)

Kesimpulannya, tidak hanya anak perempuan tiri secara lansung menjadi mahram kita, akan tetapi anak perempuan tiri secara wasitah (perantaraan) juga turut menjadi mahram kita.

Rujukan;

أحكام الزواج على المذاهب الأربعة، لأبي العباس الديربي الشافعي، ت 1151 هـ، ص 27-32

TIDAK TERSENARAI DALAM MAHRAM

1) Ibu kepada menantu kita dan mak kepada ibu tiri bukan mahram 

Sekalipun menantu (yakni isteri kepada anak kita) adalah mahram kita, namun ibunya tidaklah mahrah kita. Begitu juga, wanita yang menjadi isteri bapa kita -yakni ibu tiri kita- merupakan mahram kita, namun ibu beliau tidaklah menjadi mahram kita. Dalam erti lain, status mahramnya menantu dan mak tiri hanya berhenti pada mereka sahaja, tidak berantaian kepada orang selepas mereka (m.s. 32).

2) Turut tidak tersenarai dalam mahram ialah;

- anak perempuan kepada suami ibu kita (بنت زوج الأم) (yakni perempuan yang menjadi saudara tiri kita dengan kerana sabit perkahwinan bapanya dengan ibu kita) dan ibunya (أم زوج الأم)(yakni perempuan yang menjadi nenek tiri kita kerana sabit perkahwinan anaknya dengan ibu kita), 

- begitu juga tidak menjadi mahram anak perempuan kepada suami anak perempuan kita (بنت زوج البنت) (yakni perempuan yang menjadi cucu tiri kita kerana sabit perkahwinan bapanya dengan anak perempuan kita) dan juga ibunya (أم زوج البنت) (yakni perempuan yang menjadi besan kita), 

- dan begitu juga tidak menjadi mahram ibu kepada isteri bapa kita (أم زوجة الأب) (yakni ibu kepada mak tiri kita, yakni perempuan yang menjadi nenek tiri kita kerana sabit perkahwinan bapa kita dengan anak perempuannya) dan anak perempuannya (بنت زوجة الأب) (yakni anak perempuan kepada ibu tiri kita, yakni saudara perempuan tiri kita kerana sabit perkahwinan antara ibunya dengan bapa kita).

- dan begitu juga tidak menjadi mahram ibu kepada isteri anak lelaki kita (أم زوجة الابن) (yakni besan kita) dan anak perempuannya (بنت زوجة الابن) (yakni perempuan yang menjadi anak tiri kita kerana sabit perkahwinan antara ibunya dengan anak lelaki kita),

- semua di atas tidak menjadi mahram kerana ia terkeluar dari senarai mahram yang disebut dalam ayat al-Quran dan hukum tersebut telah disepakati ulamak.

Rujukan;

أحكام الزواج على المذاهب الأربعة، لأبي العباس الديربي الشافعي، ت 1151 هـ، ص 33.


ADAKAH ANAK PEREMPUAN KEPADA SUAMI IBU KITA (YAKNI BAPA TIRI KITA) DAN IBU KEPADANYA MERUPAKAN MAHRAM KITA?

Tidak mahram. Dijelaskan dalam kitab Ahkam al-Zawaj;

"Tidak menjadi mahram;

- anak perempuan kepada suami ibu kita (بنت زوج الأم) (yakni perempuan yang menjadi saudara tiri kita dengan kerana sabit perkahwinan bapanya dengan ibu kita) dan ibunya (أم زوج الأم)(yakni perempuan yang menjadi nenek tiri kita kerana sabit perkahwinan anaknya dengan ibu kita), 

- begitu juga tidak menjadi mahram anak perempuan kepada suami anak perempuan kita (بنت زوج البنت) (yakni perempuan yang menjadi cucu tiri kita kerana sabit perkahwinan bapanya dengan anak perempuan kita) dan juga ibunya (أم زوج البنت) (yakni perempuan yang menjadi besan kita), 

- dan begitu juga tidak menjadi mahram ibu kepada isteri bapa kita (أم زوجة الأب) (yakni ibu kepada mak tiri kita, yakni perempuan yang menjadi nenek tiri kita kerana sabit perkahwinan bapa kita dengan anak perempuannya) dan anak perempuannya (بنت زوجة الأب) (yakni anak perempuan kepada ibu tiri kita, yakni saudara perempuan tiri kita kerana sabit perkahwinan antara ibunya dengan bapa kita).

- dan begitu juga tidak menjadi mahram ibu kepada isteri anak lelaki kita (أم زوجة الابن) (yakni besan kita) dan anak perempuannya (بنت زوجة الابن) (yakni perempuan yang menjadi anak tiri kita kerana sabit perkahwinan antara ibunya dengan anak lelaki kita),

- semua di atas tidak menjadi mahram kerana ia terkeluar dari senarai mahram yang disebut dalam ayat al-Quran dan hukum tersebut telah disepakati ulamak.

Rujukan;

أحكام الزواج على المذاهب الأربعة، لأبي العباس الديربي الشافعي، ت 1151 هـ، ص 33.


ADAKAH IBU MENANTU DAN IBU MAK TIRI TERMASUK MAHRAM?

Sekalipun menantu (yakni isteri kepada anak kita) adalah mahram kita, namun ibunya tidaklah mahrah kita. Begitu juga, wanita yang menjadi isteri bapa kita -yakni ibu tiri kita- merupakan mahram kita, namun ibu beliau tidaklah menjadi mahram kita. Dalam erti lain, status mahramnya menantu dan mak tiri hanya berhenti pada mereka sahaja, tidak berantaian kepada orang selepas mereka.

Ia berbeza dengan status anak tiri, di mana tidak hanya anak tiri menjadi mahram kita, akan tetapi anak perempuan beliau juga turut menjadi mahram kita. Keseluruhannya anak-cucu kepada isteri kita semuanya adalah mahram kita, merangkumi;

1. Anak perempuan tiri kita (الربيبة)

2. Anak perempuan kepada anak perempuan tiri kita (بنت الربيبة) (cucu tiri)

3. Anak perempuan kepada anak lelaki tiri kita (بنت الربيب) (cucu tiri)

4. Anak perempuan kepada anak lelaki bagi anak perempuan tiri kita (بنت ابن الربيبة) (cicit tiri)

Kesimpulannya, tidak hanya anak perempuan tiri secara lansung menjadi mahram kita, akan tetapi anak perempuan tiri secara wasitah (perantaraan) juga turut menjadi mahram kita.

Rujukan; 

أحكام الزواج على المذاهب الأربعة، لأبي العباس الديربي الشافعي، ت 1151 هـ، ص 32. 

Saturday, January 15, 2022

ADAKAH NENEK TIRI DAN DATUK TIRI MERUPAKAN MAHRAM?

Soalan; saya mempunyai anak-anak lelaki hasil perkahwinan dengan suami terdahulu. Apabila saya berkahwin semula dengan seorang lelaki lain, bagaimana hubungan anak-anak lelaki saya dengan mertua saya (ibu kepada suami saya)?.

Jawapan;

Dalam kitab al-Iqna’ disebutkan;

وَلَاتحرم بنت زوج الْأُم وَلَا أمه وَلَا بنت زوج الْبِنْت وَأمه وَلَا أم زَوْجَة الْأَب وَلَا بنتهَا .....

 

Disimpulkan dari kenyataan di atas bahawa tidak tergolong sebagai mahram (kerana perkahwinan) orang-orang berikut;

1.       1. Anak perempuan kepada suami ibu kita (yakni adik/kakak perempuan tiri kita)

2.       2. Ibu kepada suami ibu kita (yakni nenek tiri)

3.       3. Anak perempuan kepada suami anak perempuan kita (cucu tiri kita)

4.       4. Ibu kepada suami anak perempuan kita (besan)

5.       5. Ibu kepada isteri bapa kita (nenek tiri)

6.      6.  Anak perempuan kepada isteri bapa kita (adik/kakak tiri).

PERLUKAH MAKMUM MENGAMINKAN SELAWAT IMAM DI DALAM QUNUT SUBUH?

Soalan;   Perlukah makmum mengaminkan selawat imamnya semasa qunut? Jawapan;  Jawapan bagi soalan di atas bergantung kepada kedudukan selawa...