Thursday, February 3, 2022

SEJAUH MANA WANITA DALAM HAID DILARANG MEMBACA AL-QURAN

Dalam matan al-Yaqut al-Naifs (m.s. 92); diharamkan ke atas orang berjunub; "...membaca al-Quran dengan niat bacaan".

Dalam syarahnya disebutkan; yakni dengan niat membaca al-Quran semata-mata atau bersama niat lain (seperti membaca dengan niat bacaan al-Quran di samping niat pelindungan diri atau zikir). Adapun jika tanpa niat membaca al-Quran seperti berniat untuk zikir. mengambil peringatan, menghafal/mengingati atau melindung diri, yakni tanpa ada langsung niat membaca al-Quran di samping niat-niat tadi atau membaca begitu sahaja, tidaklah diharamkan kepada orang berjunub.

Dalam Syarah al-Yaqut al-Nafis (Syeikh Muhammad al-Syatiri) dinyatakan; adapun membaca al-Quran untuk zikir dan tabarruk -sebagaimana dalam aurad (wirid-wirid), maka hukumnya harus.  

Dalam muka surat 120 (matan yang sama); diharamkan ke atas waniya haid dan nifas 11 perkara; .....membaca al-Quran dengan niat qiraah (bacaan)..".

Dalam Syarah tadi dinyatakan; adapun larangan membaca al-Quran, maka ramai para ulamak mengecualikannya bagi guru wanita (hafizah), kerana jika kita melarang mereka maka dikhuatiri akan lemah hafazan mereka atau mereka akan melupainya (yakni hafazan al-Quran mereka). Pandangan ini memberi kemudahan kepada para guru (al-Quran) di kalangan wanita atau para hafizah. 

Lihat; Syarah al-Yaqut al-Nafis, m.s. 92 dan 120.

UNTUK MEMBACA LEBIH LANJUT PANDANGAN ULAMAK; sila baca dalam blog; ilmudanulamak

No comments:

Post a Comment

HUKUM KHATIB DAN MAKMUM MINUM AIR SEMASA KHUTBAH

قال النَّووي في "المجموع": " يُكرِه لهم شُرْبُ الماء للتلذُّذ، ولا بأس بشرْبِه للعطش للقوْمِ والخطيب، هذا مذهبُنا، قال ابنُ ا...