Friday, May 22, 2020

Adakah orang yang mula bermusafir waktu pagi boleh berbuka puasa?

Dalam kitab al-Minhaj, disebutkan; (1) jika seseorang itu paginya berpuasa (kerana masih dalam negeri), lalu dia bermusafir, tidak harus dia berbuka, (2) jika seorang dalam musafir pada paginya berpuasa (mengambil azimah), kemudian dia ingin berbuka, dibolehkan berbuka.

Kata syarah;

- (tidak harus dia berbuka) kerana memenangkan hukum al-hadhar (orang dalam negeri, iaitu wajib berpuasa), kerana itulah yang asal baginya.
- Bagi masalah kedua pula; harus dia berbuka (sekalipun telah mula berpuasa) kerana faktor yang mengharuskannya berbuka (iaitu safar) masih ada.
(Bidayah al-Muhtaj, 1/576).

Tambahan;

Dalam kitab al-Taqriraat al-Sadidah; 

1. Tidak wajib ke atas seorang musafir -dalam safar yang jauh iaitu 82 KM dan safarnya safar yang harus- untuk berpuasa dan disyaratkan bagi membolehkan berbuka dengan dia bermusafir sebelum terbit fajar.

2. Orang musafir atau orang sakit (yang ada harapan sembuh) apabila hendak berbuka (kerana mengambil rukhsah), wajib mereka berniat tarakhhus (mengambil rukhsah). Kewajipan niat tersebut adalah bagi membezakan antara berbuka yang harus dan berbuka yang haram.
(Halaman 439).

Soalan; Assalamualaikum ustaz. Maaf menganggu. Ambe ada terbaca bahawa musafir yang bergerak selepas subuh wajib untuk meneruskan puasa. Jika musafir yang bergerak selepas subuh ni musafir selama 3 hari tak termasuk hari pergi dan pulang, bagaimana keadaan dia pada hari kedua dan ketiga, boleh rukhsah berbuka puasa atau wajib berpuasa? Terima kasih ustaz.

Jawapan;

jika telah berada dalam musafir, rukhsah bagi orang musafir (qasar, jamak, keharusan meninggalkan puasa) berjalan terus selama sifat musafir itu kekal padanya (iaitu dia tidak menjadi mukim atau mustautin). Sebagaimana jamak dan qasar, keharusan berbuka puasa berjalan baginya bagi setiap hari selama dalam musafir. wallahu a'lam.

No comments:

Post a Comment

HUKUM KHATIB DAN MAKMUM MINUM AIR SEMASA KHUTBAH

قال النَّووي في "المجموع": " يُكرِه لهم شُرْبُ الماء للتلذُّذ، ولا بأس بشرْبِه للعطش للقوْمِ والخطيب، هذا مذهبُنا، قال ابنُ ا...