Tuesday, February 8, 2022

ADAKAH ANAK PEREMPUAN KEPADA SUAMI IBU KITA (YAKNI BAPA TIRI KITA) DAN IBU KEPADANYA MERUPAKAN MAHRAM KITA?

Tidak mahram. Dijelaskan dalam kitab Ahkam al-Zawaj;

"Tidak menjadi mahram;

- anak perempuan kepada suami ibu kita (بنت زوج الأم) (yakni perempuan yang menjadi saudara tiri kita dengan kerana sabit perkahwinan bapanya dengan ibu kita) dan ibunya (أم زوج الأم)(yakni perempuan yang menjadi nenek tiri kita kerana sabit perkahwinan anaknya dengan ibu kita), 

- begitu juga tidak menjadi mahram anak perempuan kepada suami anak perempuan kita (بنت زوج البنت) (yakni perempuan yang menjadi cucu tiri kita kerana sabit perkahwinan bapanya dengan anak perempuan kita) dan juga ibunya (أم زوج البنت) (yakni perempuan yang menjadi besan kita), 

- dan begitu juga tidak menjadi mahram ibu kepada isteri bapa kita (أم زوجة الأب) (yakni ibu kepada mak tiri kita, yakni perempuan yang menjadi nenek tiri kita kerana sabit perkahwinan bapa kita dengan anak perempuannya) dan anak perempuannya (بنت زوجة الأب) (yakni anak perempuan kepada ibu tiri kita, yakni saudara perempuan tiri kita kerana sabit perkahwinan antara ibunya dengan bapa kita).

- dan begitu juga tidak menjadi mahram ibu kepada isteri anak lelaki kita (أم زوجة الابن) (yakni besan kita) dan anak perempuannya (بنت زوجة الابن) (yakni perempuan yang menjadi anak tiri kita kerana sabit perkahwinan antara ibunya dengan anak lelaki kita),

- semua di atas tidak menjadi mahram kerana ia terkeluar dari senarai mahram yang disebut dalam ayat al-Quran dan hukum tersebut telah disepakati ulamak.

Rujukan;

أحكام الزواج على المذاهب الأربعة، لأبي العباس الديربي الشافعي، ت 1151 هـ، ص 33.


No comments:

Post a Comment

HUKUM KHATIB DAN MAKMUM MINUM AIR SEMASA KHUTBAH

قال النَّووي في "المجموع": " يُكرِه لهم شُرْبُ الماء للتلذُّذ، ولا بأس بشرْبِه للعطش للقوْمِ والخطيب، هذا مذهبُنا، قال ابنُ ا...