Tuesday, February 8, 2022

ADAKAH IBU MENANTU DAN IBU MAK TIRI TERMASUK MAHRAM?

Sekalipun menantu (yakni isteri kepada anak kita) adalah mahram kita, namun ibunya tidaklah mahrah kita. Begitu juga, wanita yang menjadi isteri bapa kita -yakni ibu tiri kita- merupakan mahram kita, namun ibu beliau tidaklah menjadi mahram kita. Dalam erti lain, status mahramnya menantu dan mak tiri hanya berhenti pada mereka sahaja, tidak berantaian kepada orang selepas mereka.

Ia berbeza dengan status anak tiri, di mana tidak hanya anak tiri menjadi mahram kita, akan tetapi anak perempuan beliau juga turut menjadi mahram kita. Keseluruhannya anak-cucu kepada isteri kita semuanya adalah mahram kita, merangkumi;

1. Anak perempuan tiri kita (الربيبة)

2. Anak perempuan kepada anak perempuan tiri kita (بنت الربيبة) (cucu tiri)

3. Anak perempuan kepada anak lelaki tiri kita (بنت الربيب) (cucu tiri)

4. Anak perempuan kepada anak lelaki bagi anak perempuan tiri kita (بنت ابن الربيبة) (cicit tiri)

Kesimpulannya, tidak hanya anak perempuan tiri secara lansung menjadi mahram kita, akan tetapi anak perempuan tiri secara wasitah (perantaraan) juga turut menjadi mahram kita.

Rujukan; 

أحكام الزواج على المذاهب الأربعة، لأبي العباس الديربي الشافعي، ت 1151 هـ، ص 32. 

No comments:

Post a Comment

HUKUM KHATIB DAN MAKMUM MINUM AIR SEMASA KHUTBAH

قال النَّووي في "المجموع": " يُكرِه لهم شُرْبُ الماء للتلذُّذ، ولا بأس بشرْبِه للعطش للقوْمِ والخطيب، هذا مذهبُنا، قال ابنُ ا...